Dalam kejadian 6.30 pagi itu, semua anggota rombongan dari Johor Baharu, Johor terbabit hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.
Jurucakap polis Besut yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas itu cuba mengelak sebuah kereta yang hilang kawalan dan memasuki laluannya.
“Akibat itu bas terbabit terbabas ke bahu kiri jalan dan terbalik,” katanya.
Sementara itu saksi kejadian, Badli Wahab, 33, berkata kejadian berlaku kira-kira 15 meter dari rumahnya di Kampung Gerai.
“Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjengah keluar saya nampak sebuah bas terbalik dengan sebahagian badannya berada di dalam longkang yang dipenuhi air hujan,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya, dia kemudian bergegas menyelamatkan mangsa. – BERNAMA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment