MAT YO DIPOLITIKKAN KERANA ISU “ALLAH ALWAYS WITH ME” – Kita semua tahu isu “penggunaan kalimah ALLAH” yang kini telah diharamkan penggunaanya oleh penganut kristian atas arahan mahkamah. Isu ini dikatakan masih belum berakhir apabila dikatakan pihak Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai kes ini ke Mahkamah Persekutuan untuk rayuan.
Kenyataan yang dikeluarkan melalui blog negarapakatanrakyat.blogspot.com jelas mengutuk tindakan Mat Yo yang mempamerkan kalimah ALLAH pada baju dalamnya ketika meraikan gol penyamaan pada minit ke 71 ketika menentang bahrain tempoh hari.
BERIKUT ADALAH TULISAN BLOGGER PAKATAN RAKYAT MENGENAI ISU INI. IA BUKAN DARI PIHAK KAMI (ILLUSTRASIAKU.COM)
________________________________________________________________
Kalimah Allah: Mat Yo Perlu Dibuang Dari Pasukan Kebangsaan
Kurang ajar!!!
Itulah komen pertama aku setelah melihat cara penyerang bolasepak kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) meraikan gol penyamaan yang dijaringkannya dalam perlawanan menentang Bahrain malam tadi.
Dalam keghairahan meraikan jaringan tersebut, Mat Yo menunjukkan baju dalamnya yang tertulis perkataan “Allah Always With Me” – seolah-olah mempersendakan penganut agama Kristian yang masih berduka kerana dilarang dari menggunakan kalimah Allah dalam satu keputusan paling kontroversi oleh Mahkamah Rayuan Isnin lepas.
Tindakan bodoh seumpama itu tidak boleh dimaafkan sama sekali dan Pakatan Rakyat mahu supaya pemain berkenaan disingkirkan dari pasukan kebangsaan. Jelas disitu, dia tidak layak mewakili negara kerana mewakili pendirian yang hanya dijuarai oleh UMNO dan anjing suruhannya seperti PERKASA.
Bukan pendirian rakyat secara keseluruhan.
Lebih mengaibkan lagi, tindakan itu juga dilakukan di bumi Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat seperti yang kita semua tahu, menyokong penuh agama Kristian dalam soal menggunakan kalimah Allah ini dan membantah keras keputusan Mahkamah yang disifatkan sebagai zalim.
Malah Selangor adalah antara tiga negeri selain Pulau Pinang dan Kelantan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian (termasuk di dalam Bible versi Melayu) dan kebebasan beragama yang lebih menyeluruh, termasuk di kalangan orang Islam – pedulilah apa keputusan Mahkamah sekalipun.
Kalau boleh aku nak minta supaya Mat Yo diharamkan dari masuk ke Selangor tapi dikatakan, ikut undang-undang negeri, hanya Sultan Selangor saja yang ada kuasa tersebut.
Aku difahamkan Mat Yo terdesak nak membersihkan imejnya yang tercalar teruk berikut insiden isterinya bergaduh dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark September lepas.
Insiden memalukan yang tersebar secara meluas di laman Youtube itu, mengundang pelbagai hinaan, makian dan kejian dari rakyat Malaysia yang tidak boleh menerima sikap kurang ajar isteri Mat Yo terhadap pakcik pengawal keselamatan berkenaan.
Tapi kalau ia pun nak mengembalikan semula imej sendiri yang terjejas teruk, kenapa mesti nak menyentuh sensitiviti penganut agama Kristian dengan menunjukkan kalimah Allah tersebut?
Itu namanya nak cari pasal.
Maka itu tindakan yang sewajarnya harus diambil ke atas pemain tersebut atau Pakatan Rakyat sendiri tidak akan teragak-agak membawa isu ini ke Mahkamah kerana ia boleh disifatkan sebagai menghina Mahkamah berikutan proses perundangan berkaitan perkara tersebut yang masih berjalan.
Difahamkan pihak Gereja akan mengemukakan permohonan supaya perkara ini dirayu di Mahkamah Persekutuan pada bila-bila masa dari sekarang dengan bantuan para peguam yang dibiayai sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor sendiri.
Lagipun Mat Yo ini tidaklah sehebat mana, harap gaji saja besar. Kawan memaklumkan kepada aku, pasukan yang diwakili Mat Yo dalam Liga Malaysia, JDT, tidak pun berjaya menjulang apa-apa piala dalam musim bolasepak tahun ini.
Oh ya, Johor adalah negeri yang diperintah UMNO, padanlah.
INI KOMEN DARI PEMBACA BLOG TERSEBUT YANG RATA-RATA MENGUTUK TULISAN BLOGGER PAKATAN RAKYAT BERKENAAN
Sumber - ilustrasiku.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment