Sekiranya Selangor bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat supaya tidak mengadakan pilihan raya umum ke-13 serentak akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM30 juta wang pembayar cukai, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Bagi mengadakan pilihan raya umum bagi setiap negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat secara berasingan akan menyebabkan peningkatan perbelajaan sebanyak RM100 juta.
"Saya nasihatkan agar semua kerajaan negeri jangan bermain politik dengan wang pembayar cukai. Mengapa? Kerana sengaja ingin menunjukkan anda tidak mahu ikut tindakan kerajaan pusat? Dengan tidak melaksanakan pilihan raya umum serentak akan menyebabkan bajet tambahan, latihan serta persediaan yang lebih diperlukan.
"Memang mereka ada hak untuk berbuat demikian sekiranya mereka dapat perkenan daripada sultan, namun tidak ada beza sekiranya mereka melaksanakan pilihan raya selepas itu? Rakyat sudah tahu calon dan dasar-dasar yang mereka gunakan ketika berkempen.
"Bagaimana pula sekiranya ketika mereka hendak adakan pilihan raya, Menteri Kewangan kata wang tidak cukup dalam Perbendaharaan? SPR perlu meminta kerajaan negeri mengeluarkan dana untuk menampung kos pilihan raya," katanya kepada The Star
Mengambil contoh negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 22 tahun lalu, Wan Ahmad berkata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa yang sama pilihan raya umum dilaksanakan.
Rabu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan mahu melewatkan pembubaran DUN Selangor sehingga SPR membersihkan daftar pemilih di negeri yang diperintah oleh PKR.
Beliau berkata negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat masih meneliti cadangan tersebut.
Timbalan Pengerusi SPR itu berkata kebanyakan 'kesilapan' yang didakwa terdapat dalam daftar pemilih memang tidak wujud.
"Ada pihak yang cuba mempolitikkan isu ini dengan membuat persepsi negatif. Mereka tidak pernah mengemukakan bukti-bukti penyelewengan seperti yang didakwa kepada kami. Mungkin mereka yang bekerja untuk parti politik ini tidak mempunyai maklumat yang jelas mengenai daftar pemilih kerana ia melibatkan pengurusan secara teknikal.
"Kami memiliki teknologi yang sangat canggih. Apa yang parti politik tertentu cuba lakukan ialah mencipta satu situasi untuk membuatkan penyokong mereka marah dengan SPR dan ia akan diterjemahkan dengan mereka pula mendapat undi simpati.
Wan Ahmad turut menolak dakwaan Anwar supaya SPR membersihkan nama 42,051 pengundi yang ‘meragukan’ daripada senarai daftar pemilih.
"Kami telah melihat isu ini dan ada sebahagian daripada pengundi telah hadir dan mengesahkan status mereka. Sekrang kita hanya ada lebih 40,800 'pengundi tidak aktif' yang mana status mereka tidak dapat dikenal pasti.
"Kita tidak boleh membuang nama mereka daripada senarai tersebut. Ia merupakan hak mereka sebagai warganegara untuk mengundi dan kita tidak boleh menghalang mereka,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa SPR berperanan untuk memastikan setiap rakyat boleh melaksanakan hak masing-masing untuk mengundi.Bagi mengadakan pilihan raya umum bagi setiap negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat secara berasingan akan menyebabkan peningkatan perbelajaan sebanyak RM100 juta.
"Saya nasihatkan agar semua kerajaan negeri jangan bermain politik dengan wang pembayar cukai. Mengapa? Kerana sengaja ingin menunjukkan anda tidak mahu ikut tindakan kerajaan pusat? Dengan tidak melaksanakan pilihan raya umum serentak akan menyebabkan bajet tambahan, latihan serta persediaan yang lebih diperlukan.
"Memang mereka ada hak untuk berbuat demikian sekiranya mereka dapat perkenan daripada sultan, namun tidak ada beza sekiranya mereka melaksanakan pilihan raya selepas itu? Rakyat sudah tahu calon dan dasar-dasar yang mereka gunakan ketika berkempen.
"Bagaimana pula sekiranya ketika mereka hendak adakan pilihan raya, Menteri Kewangan kata wang tidak cukup dalam Perbendaharaan? SPR perlu meminta kerajaan negeri mengeluarkan dana untuk menampung kos pilihan raya," katanya kepada The Star
Mengambil contoh negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 22 tahun lalu, Wan Ahmad berkata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa yang sama pilihan raya umum dilaksanakan.
Rabu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan mahu melewatkan pembubaran DUN Selangor sehingga SPR membersihkan daftar pemilih di negeri yang diperintah oleh PKR.
Beliau berkata negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat masih meneliti cadangan tersebut.
Timbalan Pengerusi SPR itu berkata kebanyakan 'kesilapan' yang didakwa terdapat dalam daftar pemilih memang tidak wujud.
"Ada pihak yang cuba mempolitikkan isu ini dengan membuat persepsi negatif. Mereka tidak pernah mengemukakan bukti-bukti penyelewengan seperti yang didakwa kepada kami. Mungkin mereka yang bekerja untuk parti politik ini tidak mempunyai maklumat yang jelas mengenai daftar pemilih kerana ia melibatkan pengurusan secara teknikal.
"Kami memiliki teknologi yang sangat canggih. Apa yang parti politik tertentu cuba lakukan ialah mencipta satu situasi untuk membuatkan penyokong mereka marah dengan SPR dan ia akan diterjemahkan dengan mereka pula mendapat undi simpati.
Wan Ahmad turut menolak dakwaan Anwar supaya SPR membersihkan nama 42,051 pengundi yang ‘meragukan’ daripada senarai daftar pemilih.
"Kami telah melihat isu ini dan ada sebahagian daripada pengundi telah hadir dan mengesahkan status mereka. Sekrang kita hanya ada lebih 40,800 'pengundi tidak aktif' yang mana status mereka tidak dapat dikenal pasti.
"Kita tidak boleh membuang nama mereka daripada senarai tersebut. Ia merupakan hak mereka sebagai warganegara untuk mengundi dan kita tidak boleh menghalang mereka,” katanya.
"Kita mempunyai sistem pilihan raya antara yang terbaik di dunia. Perkara seperti dakwat kekal sebenarnya membuat kita kebelakang. Kami berasa bangga dalam melaksanakan tugas kami, mengapa perlu kita menunjukkan kita tidak cekap?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment