Proton Preve Kemalangan di Lebuhraya DUKE (Duta-Ulu Kelang)

on Sunday 22 April 2012

Proton Preve baru dilancarkan baru-baru ini dan Proton Preve telah terlibat dalam kemalangan di mana kereta tersebut dipandu oleh Sales Advisor (SA) Proton sendiri.
Kereta Proton Preve ini terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE (Duta-Ulu Kelang) dari Jalan Sentul menghala ke Gombak pada jam 4.45 petang. Menurut sumber, insiden ini berlaku apabila SA tersebut mengelak kenderaan di hadapan dan melanggar pembahagi jalan, mengakibatkan kereta tersebut melambung.

Tayar Proton Preve yang hampir tercabut akibat daripada kesan hentakkan kereta yang melambung. Adakah ini ujikaji oleh pihak Proton dalam situasi yang sebenar?

Tapi, apa yang kita lihat daripada situasi di dalam gambar, Proton Preve ini boleh dikatakan agak lasak kerana hanya bahagian tayar sahaja yang rosak, tanpa mengena body part yang lain. Ye ke?
Jangan salah andaian dan kita tunggu pihak Proton Preve untuk menerangkan keadaan sebenar yang terjadi di sebalik Kemalangan Pertama Proton Preve ini yaa..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved