Kerana mendedahkan dada, Rihanna diusir

on Friday 27 April 2012


Penampilan Rihanna semakin hari semakin seksi. Tidak hanya ketika di atas pentas, tapi juga di luar pentas. Kebiasaan Rihanna tampil seksi membawa masalah untuk penyanyi R&B ini. Rihanna diprotes seorang petani kerana bertelanjang dada ketika pembuatan video klip terbarunya.

Petani bernama Alan Graham itu meminta Rihanna untuk menghentikan pengambaran video klip setelah dia melihat Rihanna menari tanpa sehelai benang pun menutupi tubuh bahagian atasnya. Dia tidak dapat terima Rihanna mempamerkan dada di tanah miliknya.


"Saya menyedari hal-hal yang sudah sampai tahap yang tidak dapat saya terima lagi. Dan saya meminta kru menghentikan itu," kata Graham.

Lelaki yang berusia 61 tahun ini langsung menegur penyanyi 'Umbrella' tersebut. Dia berharap Rihanna tidak tersinggung dengan keputusannya menghentikan pengambaran.


"Saya telah bercakap dengan Rihanna. Dan saya harap dia mengerti." tambahnya.


Graham menambah, dia tidak pernah tahu siapa Rihanna. Dia tidak akrab dengan penyanyi tersebut. Dia baru mengetahui penyanyi yang berasal dari Amerika Syarikat itu ketika penyanyi itu menggunakan tanahnya untuk pengambaran video klip.

"Kalaupun nama Rihanna disebutkan, itu tidak akan bererti apa-apa," ucapnya.


Sebelum itu, Graham melihat proses pembuatan video klip Rihanna. Dia kelihatan senang kerana pada hari itu Rihanna muncul dengan pakaian sopan. Namun, kemudian di lain waktu, dia sangat terkejut ketika dia melalui kawasan pertaniannya dengan traktor, Rihanna sedang bertelanjang dada.

Rihanna menjalani pengambaran video terbarunya di kawasan pertanian di salah sebuah daerah Ireland Utara. Setelah dilarang membuat video klip di kawasan milik Graham, Rihanna meneruskan pembuatan videonya di Belfast.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved