Terpaksa Pasung Suami

on Thursday, 26 April 2012

Terpaksa Pasung Suami

SITUBONDO : Dua lelaki terpaksa dipasung berterusan ekoran keluarga mereka bimbang keadaan mental mangsa tidak stabil dan boleh mencederakan orang ramai.

Munir, 40, dan Samsudin, 37, ketika ini mengalami masalah sakit jiwa yang serius.
Disebabkan kemiskinan dan tidak mampu membiayai kos perubatan, keluarga dua lelaki terbabit tidak mempunyai pilihan kecuali memasung mereka sejak beberapa tahun lalu.
Penduduk Kampung Pokaan di daerah Kapongan, Jawa Timur, berkata Munir dan Samsudin sering mengamuk dan membahayakan orang ramai.

“Mereka dipasung di dua tempat berbeza,” katanya.
Menurutnya, Samsudin dipasung kaki kanannya dan diletakkan dalam rumah usang sejak 10 tahun lalu.
Disebabkan terlalu lama dikurung dan kurang makan, katanya, keadaan Samsudin amat menyedihkan.

“Bapa dua anak itu kelihatan sangat terseksa tetapi keluarganya tak mampu membawa dia ke hospital di Lawang, Malang,” katanya.
Sementara itu, Munir yang juga sepupu Samsudin dipasung tangan dan kakinya di sebatang pokok mangga di sebelah rumahnya.

Penduduk kampung berkata, sejak lima tahun lalu Munir diikat begitu dan ditinggalkan dengan berbumbungkan khemah plastik.
“Antara Munir dan Samsudin dipisahkan jarak kira-kira 100 meter,” katanya.

Isteri Samsudin, Saodah, berkata dia memilih pasung kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas gagal mengubati penyakit itu sejak 12 tahun lalu.
“Pada mulanya, suami saya mengalami masalah saraf dan kami sering berjumpa doktor di Situbondo.

“Selepas makan ubat, dia sembuh tetapi kembali meracau tidak lama kemudian,” katanya.
Disebabkan biaya perubatan tinggi, Saodah dan Samsudin terpaksa menjual rumah mereka dan berpindah ke tempat lain.
Kata Saodah, 35, dia percaya masalah dialami Samsudin bukan disebabkan faktor keturunan kerana tiada sesiapa ahli keluarga mereka mengalami nasib sama.

“Akhirnya pada 2006 keadaan suami makin parah dan kami terpaksa memasungnya,” katanya.
Mengenai Munir, Saodah berkata, dia mengalami tekanan perasaan selepas bercerai dengan isterinya. – Kompas
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved