Pesakit wanita tersebut sebelumnya didiagnosa menderita epilepsi pada Disember 2010. Namun setelah menjalani serangkaian ujian darah seorang doktor menyedari bahawa wanita tersebut terinfeksi bakteria patogen dan hasil CT scan juga menunjukkan sebuah titik yang aneh di dalam otaknya.
Saat menjalankan operasi, para doktor menemukan granuloma, sebuah peradangan khusus, di dalam otaknya yang diduga menjadi penyebabnya epilepsi.
Doktor yang melakukan operasi mengatakan bahawa berdasarkan tampilannya, cacing tersebut merupakan cacing pita.
Para ahli mengatakan bahawa kemungkinan adanya cacing di otaknya tersebut kerana makanan yang sudah terinfeksi dengan telur cacing, namun sumber dari cacing tersebut masih belum diketahui.
Seperti dilansir China Daily, orang ramai kini diminta untuk berhati-hati terhadap kebersihan makan dan pastikan makanan dimasak dengan matang.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment