Eh, Diana Danielle dan Farid Kamil dah bertunang ke?
Kenapa ada cincin emas putih bertahtakan sebutir berlian di jari manisnya?
Jangan mudah untuk kita membuat spekulasi sendiri.
Sebenarnya, Diana telah menerima sebentuk cincin dari kekasih hatinya sendiri, Farid sempena ulang tahun hubungan percintaan mereka.
Hakikatnya, mereka masih lagi belum bertunang mahu pun menjalani proses merisik.
“Ini hanyalah cincin yang diberikan oleh Farid Kamil ketika kami sambut hari ulang tahun percintaan yang kali ketiga kami pada awal tahun ini.
“Jangan salah anggap dengan pemberian cincin ini, ia hanyalah hadiah manja-manja sahaja,” kata Diana yang dipetik dari laman portal Murai.com.
Pelakon manis itu dilihat memakai cincin itu ketika Majlis Tayangan Perdana Filem yang dibintanginya iaitu Jiwa Taiko yang berlangsung di e@Curve, Mutiara Damansara.
Jadi, pastinya ramai yang tertanya-tanya cincin apakah itu.
Tanpa mengelak, Diana mengakui mereka berdua sudah pun merancang untuk berkahwin tetapi tidak dapat dipastikan bilakah masa yang sesuai serta dia tidak mahu menjanjikan apa-apa kepada umum.
Malah, Diana dan Farid masih lagi mengenal hati budi masing-masing walaupun hubungan mereka sudah mencecah hampir tiga tahun.
“Kami memang merancang hendak berkahwin tetapi belum dapat pastikan sama ada tahun ini atau tahun hadapan kerana saya tidak mahu menjanjikan apa-apa.
“Takut nanti lain jadinya dan kita juga tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang.
“Apa yang boleh saya beritahu, bila semua benda sudah selesai dan kami sudah setuju untuk memberitahunya, saya akan umumkannya juga,” katanya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment