Lelaki Gajah Dambakan Kehidupan Normal

on Friday, 1 June 2012

Lelaki Gajah Dambakan Kehidupan Normal
Pakistan – Seorang pemuda yang menghidap penyakit yang jarang ditemui, sindrom Proteus kini terdesak untuk mencari penawarnya bagi membolehkannya hidup secara normal dan bercinta dengan wanita pujaannya.
Sain Mumtaz, 22, mengalami penyakit pembesaran di bahagian kepala, tangan dan kaki sejak kecil lagi.
Sindrom Proteus yang dialaminya itu telah menyebabkan bahagian anggota badan tersebut terus membesar.
Biarpun dia kelihatan seperti `gajah’ namun Sain diterima oleh penduduk tempatan di kampungnya di Lahore.
Pada mulanya, Sain menyifatkan penyakit yang dialaminya itu berlaku kerana sumpahan sehinggakan dia berasa tertekan dan amat kecewa.
Namun berkat sokongan rakan-rakan dan keluarga, dia kini mula bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan mencari penawar penyakitnya itu.
“Saya berkeadaan begini sejak dilahirkan. Muka, tangan dan kaki saya berbeza daripada orang lain hinggakan saya dianggap sebagai ganjil.
“Namun saya waras dan memahami segalanya dan saya menjalani kehidupan seperti orang lain biarpun anggota keluarga saya yang lain semuanya normal,’’ katanya.
Jika dulu penduduk setempat melarikan diri apabila melihatnya, namun kini mereka mula berbual dan bertanyakan keadaannya.
“Mereka menganggap saya sebagai kawan dan mungkin suatu masa nanti saya akan menemui penawarnya dan dapat bertemu dengan wanita yang akan mencinta saya seadanya,’’ kata Sain.
Sementara itu, bapanya, Wazir Ali pula berkata, mereka sekeluarga ingin mengetahui kenapa penyakit itu menyerang Sain dan apa yang perlu dilakukan untuknya menjadi normal semula.
“Dia mempunyai harapan tinggi untuk masa depannya dan satu hari nanti dia akan mewarisi perniagaan membawa beca serta mendapat seorang isteri,’’ katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved