Pesawat MAS Berpatah Balik Kerana Masalah Teknikal

on Sunday, 19 August 2012


KUALA LUMPUR, 18 Ogos - Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow di London menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Jumaat, berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow kira-kira sejam kemudian ekoran masalah teknikal pada enjin No 2 pesawat.

Penerbangan MH1, yang berlepas pada 10.15 malam menuju KLIA dengan membawa 340 penumpang, selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow pada 11.19 malam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, MAS berkata krew yang mengendalikan pesawat B747-400 membuat keputusan itu disebabkan masalah teknikal.

"Demi mengutamakan keselamatan penumpang, keputusan dibuat bahawa pesawat itu tidak seharusnya meneruskan penerbangan ke KLIA," menurut kenyataan itu. Kenyataan itu turut menyebut MAS menyediakan pemindahan dan penginapan hotel di London kepada semua penumpang terbabit dan akan memaklumkan urusan perjalanan alternatif bagi penerbangan mereka ke KLIA.

Syarikat penerbangan nasional itu memohon maaf kepada semua penumpang kerana gangguan yang tidak dijangka itu kepada rancangan penerbangan mereka.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved