Gaya dan penampilan seseorang pastinya bermula dengan melihat cermin. Namun, satu perkara yang mungkin kita tidak sedar ialah ada satu cermin yang direka khas oleh sesuatu pihak untuk melihat imej disebalik cermin tersebut dengan jelas.
Kebiasaannya cermin ini digunakan di bilik soal siasat pihak polis luar negara.
Ada juga segelintir pihak yang menyalahgunakan cermin tersebut untuk melihat imej disebalik dinding tersebut. Anda mungkin menganggap perkara ini remeh tetapi inilah perkara yang harus kita berjaga-jaga.
Terdapat satu kaedah membolehkan kita mengesan samada cermin tersebut asli atau tidak.
Caranya dengan meletakkan jari dan kuku di cermin tersebut. Anda boleh rujuk gambar di atas 'Cermin 2 arah'. Jika anda meletakkan jari anda dan hasilnya anda dapati jari anda bercantum. Makanya, itu ialah cermin yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk merakam imej anda.
Sekiranya anda meletakkan jari (gambar cermin biasa) dan terdapat sedikit jarak antara pertemuan jari tersebut, maka itu adalah cermin yang sebenar.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment