GARA-GARA digosipkan dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney, pelakon jelita, Siti Saleha mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat tapisan terhadap rakan-rakan Facebooknya. Jelas Siti, dia terpaksa menyingkirkan kira-kira 1000 orang rakan Facebook yang kurang dikenalinya kerana tidak mahu ada pihak sekali lagi menyalahgunakan gambar peribadinya.
“Gosip yang tersebar baru-baru ini adalah disebabkan gambar saya bersama Syed Adney kira-kira tiga tahun lalu. Gambar itu saya muatnaik di laman Facebook dan saya percaya ada di antara rakan-rakan Facebook yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu. Sebab itu, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Saya sudah singkirkan kira-kira 1,000 orang rakan yang kurang dikenali dan yang tidak saya kenali langsung. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali,” ulas Siti Saleha berterus-terang.
Dalam masa yang sama, adik kepada Sam Bunkface ini sekali lagi menegaskan ketika ini dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Ini kerana dia mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan. Selain itu, Siti Saleha juga punya pendirian untuk tidak terlalu terbuka tentang perihal peribadi.
Menyentuh sedikit tentang persiapan raya, gadis kacukan Melayu- Inggeris ini memberitahu dia jenis yang suka buat persiapan pada saat-saat akhir serta selalu bersederhana dalam berbelanja.
“Tahun ini saya tempah dua pasang baju raya sahaja daripada Wanpa. Mungkin saya akan kitar semula baju-baju yang masih boleh dipakai kalau kena menghadiri banyak rumah terbuka nanti. Setiap tahun, keluarga saya hanya menyambut raya secara sederhana kerana bilangan ahli keluarga kami tidak ramai. Bahkan, kami juga tidak pernah punya warna tema untuk baju raya. Selalunya, kami pakai warna hitam sahaja.
Kalau ikut perancangan awal, hari raya ini saya mahu bercuti ke Krabi bersama-sama kakak saya. Tapi tidak jadi sebab kakak saya tidak dapat pulang awal ke sini. Dia hanya boleh pulang pada penghujung Ogos dan ketika itu saya sudah kembali bekerja. Nampaknya, hari raya ini saya akan habiskan masa di Lembah Klang sahajalah ,” ujar Siti Saleha.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment