RUMAH FLINTSTONES Di PORTUGAL?!!

on Monday, 13 August 2012



Dari kiri ianya kelihatan seperti batu tongkol dari Zaman Batu akan tetapi yang sebenarnya adalah sebuah rumah. Casa do Penedo atau 'Rumah Batu', dibina pada tahun 1974 di Pergunungan Fafe, utara Portugal dengan empat batu tongkol yang berbeza sebagai asas dinding. 

Sekali pandang, rumah ini kelihatan seolah-olah tempat tinggal watak kartun Hannah / Barberra Flintstones. Orang ramai telah datang dari seluruh dunia (Casa Do Penedo telah menjadi sensasi di internet). Dimaklumkan, pemilik telah meningkatkan tahap keselamatan rumah itu dengan memasang tingkap kalis peluru danmenambah pintu depan daripada keluli.


Rumah percutian Portugis ini tidak mempunyai bekalan elektrik, jadi pemilik rumah hanya menggunakan lilin untuk pencahayaan di dalam rumah. Rumah ini juga menyediakan ruang yang selesa, kolam renang yang diukir dari batu dan beberapa kayu balak sebagai tangga.


Walaupun Casa Do Penedo mungkin kelihatan seperti ia di tengah-tengah pergunungan, terdapat perkampungan berhampiran iaitu Pereira yang hanya lebih kurang satu kilometer dari rumah batu ini. Suhu purata bagi rumah batu ini sekitar 12 ยบ C pada siang hari.

Mari kita lihat keadaan rumah ini dalam video dibawah.



Sumber: http://majalahbiarbetul.blogspot.com/2012/05/rumah-flintstones-jadi-tarikan.html#ixzz23Uw3lxHj
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved