Ketika ditemui pada majlis berbuka puasa KRU baru-baru ini, Yusry dan Lisa masing-masing teruja bercerita tentang kediaman baru mereka. Jelas Yusry, walaupun agak penat buat kerja-kerja menghias rumah, tetapi dia dan Lisa berasa puas kerana dapat memiliki kediaman impian.
“Saya suka dengan rumah baru ini sebab ia mempunyai halaman yang luas. Banglo dua tingkat ini kalau dilihat dari luar ia nampak kecil sahaja, namun apabila masuk ke dalam rumah, bukaannya agak luas. Banglo ini ada enam bilik kesemuanya, tapi bukan semua bilik dijadikan bilik tidur. Sebaliknya, ada bilik yang djadikan bilik bacaan dan bilik kerja.
Setakat ini semua kerja-kerja hiasan dalaman berjalan lancar sebab kebetulan saya dan Lisa mempunyai citarasa yang sama. Cuma saya jadi terpaksa membahagikan masa antara kerja-kerja menghias rumah dengan kerja-kerja studio. Lisa tidak dapat bantu uruskan sebab dia sibuk dengan penggambaran ‘Di Mana Juwita’. Tetapi, kami masih berbincang untuk dekorasi rumah ini,” ujar Yusry sambil melirik kepada Lisa yang menemani.
Bercerita tentang perancangan dan persiapan raya pula, Lisa memberitahu tahun ini keluarganya akan berkumpul di rumah barunya untuk sama-sama menyambut Lebaran.
“Selepas berbincang dengan ahli keluarga, kami sepakat untuk menyambut Raya di rumah Lisa. Jadi, bermula malam Raya itu, Mama dan adik-beradik Lisa akan berkumpul di rumah dan masak juadah Raya bersama-sama. Tahun ini Lisa dengan Mama akan masak Nasi Beriani Arab untuk hidangan pagi Raya. Lain-lain menu masih belum difikirkan lagi,” ujar Lisa teruja.
Dalam masa yang sama, pasangan ini juga mengakui mood Raya mereka tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini memandangkan ini kali pertama mereka beraya sebagai suami-isteri.
“Tahun ini persiapan raya agak berlainan daripada tahun-tahun kebelakangan ini. Dulu saya memang jarang hendak beli Baju Melayu, tapi sekarang ini awal-awal lagi Lisa sudah belikan untuk saya. Selain itu, dengan kehadiran isteri ini saya rasa seronok hendak beraya. Tengok Lisa teruja hendak beraya, saya pun jadi terikut-ikut ,” ujar Yusry.
Sementara itu, Lisa pula memberitahu bahawa bajet Rayanya kali ini agak bertambah memandangkan kali ini dia perlu fikirkan untuk orang lain juga kerana sudah bergelar isteri.
“Duit raya yang hendak diberikan kepada kanak-kanak dan anak-anak buah juga bertambah, tetapi Lisa tidak kisah kerana bukannya selalu. Sebab itu Lisa buat persiapan secara sederhana sahaja untuk elakkan pembaziran. Lisa hanya beli benda-benda yang perlu sahaja. Selain pakai baju yang baru ditempah, Lisa juga akan pakai yang lama kerana ia masih elok,” ujar Lis
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment