Aaron Aziz sanggup berkongsi trofi dengan Zed Zaidi untuk selesaikan kontroversi

on Wednesday, 11 April 2012


Gara-gara Zed Zaidi meluahkan rasa ketidak puasan hatinya di account twitternya sebelum ini, Aaron Aziz sanggup berkongsi trofi yang dimenanginya dengan Zed Zaidi.

Bagi Aaron Aziz mempertikaikan kemenangannya kerana faktor kenegaraaan adalah satu pemikiran yang tidak matang, lagi-lagi datangnya dari seorang Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Tapi bagaimanapun kata Aaron Aziz setiap orang berhak memberikan komen sebegitu.

“Saya tak ada masalah dengan komen macam itu. Bagi saya, orang yang angkut sampah pun berhak komen sebegitu. Benda ini hanya buang masa dan memeningkan kepala saya saja. Saya tak rasa kecewa kerana saya hanya kecewa jika anak saya tak makan. Saya juga tak merajuk atau lari menangis di tepi kerana isu ini tak menjatuhkan saya langsung.”

“Lainlah kalau saya ditangkap sebab merompak dan sebagainya, itu baru menjatuhkan karier saya. Bagi saya, pendapat dia tak menjejaskan saya dalam apa aspek sekali pun. Saya tak rasa terjejas sebab memang dah lumrah dunia, tak semua akan suka kita,”

“Apa-apapun, saya dah menjangkakan isu ini akan berlaku. Tapi, kenapa tahun lepas saya menang Anugerah Skrin, tak timbul pun isu ini. Saya bukannya datang sebagai pendatang haram. Saya datang dari Singapura pun bukan semalam. Malah, saya ambil masa lama untuk berada di tahap sekarang. Jika saya tak menang pun, saya akan sentiasa terus menyokong industri tempatan. Saya tidak akan pernah putus asa dan akan terus berusaha keras untuk mendapatkan persaingan yang sihat.”

“Kita makin lama makin pandai bukan makin bodoh. Bukan senang nak mempengaruhi minda orang Melayu sebab orang Malaysia sekarang dah pandai berfikir. Saya tak ada masalah untuk berlakon dengan dia selepas ini. Saya faham dia masih muda dan tak matang lagi. Namun, kalau terus berperangai macam budak kecil, lebih baik main kat taman permainan atau tepi pantai. Malah, jika dia nak sangat trofi ini, saya tak kisah. Saya ada dua, jadi boleh kongsi,”
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved