
PUTRAJAYA: Seorang lelaki ‘mata keranjang’ yang isterinya bakal melahirkan anak pada bila-bila masa ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana bersekedudukan dengan teman wanitanya yang hamil di Precint 9, di sini, kelmarin.
Teman wanita terbabit baru menamatkan pengajian di sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) dan bakal menerima ijazah dalam tempoh terdekat ini. Tembelang kakitangan awam lingkungan 30-an terbabit dipercayai bersekedudukan dengan ‘isteri luar nikah’ berusia awal 20-an itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jawi, menyerbu kediaman lelaki terbabit, selepas menerima aduan daripada penduduk yang curiga dengan kehadiran wanita mengandung di rumah terbabit.
Siasatan mendapati, lelaki sudah berumah tangga itu menghantar isterinya yang juga kakitangan kerajaan ke kampung kerana wanita berkenaan akan melahirkan anak pada bila-bila masa.
Kesempatan itu digunakan lelaki terbabit membawa kekasih gelap ke rumah dan menjalani kehidupan seperti suami isteri yang sah.
Sumber berkata, maklumat diperoleh mendapati lelaki terbabit sudah berumahtangga dan mempunyai seorang isteri dan anak. “Bagaimanapun, isteri lelaki itu yang sarat mengandung dan dihantar suaminya pulang ke kampung untuk bersalin di sana.
“Kami percaya kesempatan itu membuka ruang lelaki terbabit membawa kekasih gelap yang juga sedang mengandung hasil persetubuhan haram mereka untuk tinggal di rumah berkenaan,” katanya, semalam.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, penguat kuasa Jawi menyerbu rumah itu dan menahan pasangan terbabit yang mengaku bukan suami isteri.
Menurutnya, lelaki terbabit mengaku pasangannya sudah mengandung tujuh bulan, begitu juga isterinya yang bakal melahirkan anak bila-bila masa di kampung.
“Memang tidak ada individu lain di rumah itu dan pasangan terbabit seolah-olah hidup macam pasangan suami isteri.
“Lelaki terbabit memberi alasan dia kini dalam proses penceraian dengan isterinya walaupun pada waktu sama memiliki kekasih yang sudah mengandung.
“Malah, lelaki terbabit mendakwa hubungan dengan kekasihnya itu mendapat tentangan keluarga wanita berkenaan,” katanya.
Sumber itu berkata, siasatan juga mendapati, gadis terbabit turut bertugas di sebuah jabatan kerajaan bakal menerima ijazah dalam tempoh terdekat.
Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit bersekedudukan untuk tempoh agak lama sehingga menyebabkan kekasihnya mengandung. – hmetro
{ 7 comments... read them below or add one }
MALAYSIA BOLEH KEBANYAKAN ANAK DI LUR NIKAH,100%MALAYSIA MAKSIAT....!
5 August 2013 at 21:27
malaysia boleh 100% anak di luar nikah,alaaaaa x payah so cantik na tutup aurat la segala macam,lasd"ape na jadi,Malaysia boleh MAKSIAT...Buat malu nama negara sendiri....!
5 August 2013 at 21:36
a
5 August 2013 at 21:37
huuuu..malaysia boleh 100% anak di luar nikah..yg besdnye ada seorang uztasa/seorang ulama,yg mengatakan wahai kaum hawa,terutama warga malaysia.hendak la engkau sentiasa memakai crudung.sebap negara ini bersih/penuh dengan keimanan..tetapi apa la kata kalau semua itu so,,so,,sweet,sahaje,,ternyata Malaysia boleh penuh dengan MAKSIAT.....!
5 August 2013 at 21:59
weh arby ansha malaysia bukan 100% maksiatlah! GI BELAH LAH!
12 August 2013 at 18:02
arby ansha...awk nie kenapa,awk agama apa..awk tak boleh nak ckp mcm tu sbb sy percaya mereka yang melakukan maksiat adlh orang yg terpesong dr agama tak semua macam tu jgn nk nilai org sesuka hati....sebelum cakap psl owg lain tngok dulu awk tu mcm mne ukur baju di badan sendiri kalau sendiri x betul jgn nk ckp psl owg lain...
13 August 2013 at 05:52
arby ansha awk anak luar nikah ka? saya anak hasil perkahwinan yang sah.. anak yang saya lahirkan pun anak dari hasil perkahwinan yang sah.. tak tahulah kalau awk dari keturunan yang mulut longkang ni...
13 August 2013 at 08:12
Post a Comment