Anjing bunyikan hon minta bantuan kerana terperangkap dalam kereta

on Sunday, 10 June 2012

Seekor anjing terperangkap di dalam sebuah kereta dan suhu dalam kereta itu  90 darjah Fahrenheit atau 32 darjah Celsius di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS). Anjing tersebut dengan pintarnya membunyikan hon kerta itu untuk meminta bantuan.

Menurut seorang doktor haiwan Nancy Soares, anjing Labrador cokelat itu dibawa ke klinik haiwan di Macungie Pennsylvania setelah dia terperangkap dalam kereta selama satu jam.

Insiden ini terjadi kerana pemiliknya yang sedang menurunkan barang selepas berbelanja, terlupa jika anjingnya yang bernama Max masih di dalam kereta. Kemudian dia terdengar bunyi hon kereta, namun setelah dia keluar tidak menemukan sesuatu yang mencurigakan tetapi ketika dia melihat ke arah keretanya, ternyata Max sedang duduk di kerusi pemandu sambil membunyikan hon.

Pemilik anjing itu kemudian memberi minum kepada Max yang nampak berpeluh dan terus mengeringkannya dengan menggunkan tuala. Setelah itu baru di bawa ke klinik haiwan.Anjing tersebut  tidak menderita luka serius dan hanya mengalami kelelahan akibat panas yang berlebihan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved