Mungkin kita akan membayangkan bahawa tipikal seorang hacker adalah remaja yang meningkat dewasa, dengan penampilan seadanya atau bahkan kalau tidak dikatakan buruk rupa, dengan kacamata tebal, perokok berat, rambut terpacak tak terurus dan jarang mandi kerana menghabiskan sebahagian besar hidupnya di depan komputer.
Ternyata tidak begitu dengan Xiao Tian. Walaupun menyebutkan dia sering berhibur dan sesekali merokok, tetapi penampilannya sangat lain. Sepintas, melihat penampilannya, Anda mungkin tak akan menyangka bahawa dia merupakan pimpinan dari kelompok hacker yang anggotanya mencapai lebih dari 2200 orang hacker wanita.
Xiao Tian menyebutkan, dia membuat kelompok tersebut kerana dia merasa bahawa perlu ada tempat bagi gadis remaja sepertinya, yang merasa tersingkirkan dari dunia hacker yang dikuasai oleh hacker lelaki yang menganggap bahawa hacker wanita tidak memiliki skill yang cukup.
Perlahan tapi pasti, Xiao Tian dan kelompok hackernya mulai menembusi dominasi lelaki di dunia hacking. Mereka mengincar status selebriti yang disandang oleh para hacker di China sekaligus membuka peluang “karier” yang menggiurkan yang tersedia bagi hacker yang memiliki reputasi tinggi.



{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment