Ramai orang apabila menghidupkan enjin kereta, mereka akan terus membuka suis penghawa dingin. Tahukah anda, perbuatan tersebut amat berbahaya terhadap kesihatan kerana terdapat sejenis toksin yang menyebabkan kanser.
Kebiasaanya kita dapat melihat pemilik kereta menghidupkan enjin dan terus membuka penghawa dingin. Namun, langkah awal adalah kita perlu membuka tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udaramenghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser iaitu carcinogenyang dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta.
Di samping menyebabkab kanser, Benzene juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan di kawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene bolehmeningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.
Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang.
{ 1 comments... read them below or add one }
Loved your site jamu menyembuhkan penyakit kondiloma akuminata tanpa operasi
26 October 2015 at 00:35
Post a Comment