SATU penyelidikan yang dibuat oleh Chemistry Central Journal telah membuktikan bahawa coklat mempunyai khasiat yang lebih baik daripada jus buah.
Menurut kajian tersebut, coklat gelap dan koko mempunyai lebih banyak kandungan antioksida daripada jus buah.
Kandungan coklat yang belum diproses mengandungi banyak polifenol dan flavanol serta baik untuk kesihatan jantung. Khasiat pada coklat ini tidak sama dalam minuman koko kerana coklat tersebut telah diproses.
Pakar kardiologi di Hospital Lenox Hill, Manhattan, Suzanne Steinbaum berkata "jika mahu mencari satu snek manis, coklat gelap mungkin menjadi pilihan paling sihat".
Beliau tidak terperanjat dengan penemuan tersebut, sambil menyatakan bahan antioksida tersebut mengekalkan arteri dalam keadaan baik dan membantu mencegah penyakit jantung.
Dalam kajian yang dikendalikan oleh Hershey Co, beliau telah membandingkan khasiat serbuk koko dan produk berasaskan serbuk buah dan jus. Hasil dapatan menunjukkan khasiat pada koko mendahului pada skala antioksida di atas serbuk beri biru (blueberry), kranberi dan delima.
Para penyelidik mendapati, perbezaan antara jus buah delima dan coklat gelap tidak begitu nyata. Walau bagaimanapun, coklat gelap masih melebihi jus-jus lain dalam ujian antioksida itu.
"Biji koko boleh dikatakan sebagai satu 'buah adi' dan produk-produk daripada ekstrak biji koko seperti serbuk koko semulajadi dan coklat gelap turut dikatakan sebagai 'makanan hebat," kata penyelidik-penyelidik itu.
Hasil kajian oleh beberapa pakar kardiologi telah membuktikan bahawa coklat (tanpa proses) baik untuk kesihatan khususnya jantung
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment