Mesin “Radio Beraroma” dipasang di kebanyakan bas awam di Seoul. Ia akan melepaskan aroma kopi setiap kali iklan Dunkin' Donut berkumandang di radio.
Setelah dijalankan beberapa hari strategi ini ternyata menjadi. Jumlah pelanggan ke premis ini telah meningkat 16%, dan jualan kopi meningkat 29%.
Bagaimanapun, syarikat ini belum bercadang untuk mempromosikan "Radio Beraroma" di luar Korea Selatan.
“Kempen ini dicipta untuk meningkatkan kesedaran orang ramai kepada kopi Dunkin’ Donuts dengan cara yang santai dan unik. Di Seoul dan seluruh Korea Selatan terdapat banyak premis yang menghidangkan kopi, jadi ini salah satu cara untuk menonjolkan kelainan Dinkin' Donuts ,” jelas Pengurus Pemasaran, Jessica Gioglio.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment