“Saya tak ambil kisah pun dengan kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaan saya. Lagipun video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju jenama fesyen saya.
Memang nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya pakai baju-t dengan legging yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak pakai seluar.”
“Kepada pihak yang tersinggung dan yang rasa terganggu dengan video tu, saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya pun dah padamkan video itu dari Instagram saya.”
Lima minggu lalu, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 21, mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik satu rakaman video dirinya memakai baju-T dipadankan dengan legging putih di laman Instagram miliknya.
Disebabkan legging yang dipakai berwarna putih dan menampakkan pehanya yang gebu, Kilafairy dilihat seperti tidak memakai seluar walhal tidak sebenarnya.
Menurut pelakon berbibir seksi itu lagi, kontroversi terbabit memberi pengajaran kepadanya untuk lebih berhati-hati dalam soal penampilan.
Tidak mahu perkara sama berulang, Kilafairy berkemungkinan tidak mahu lagi menjadi model kepada koleksi jenamanya iaitu Rack, sebaliknya akan mendapatkan khidmat model lain.
“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan mungkin untuk promosi akan datang saya rasa lebih senang kalau saya gunakan model lain saja.”
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment