Kisah Sedih! Kanak-Kanak Ini Setiap Hari Berkunjung Ke Pusara Ibunya (Video) | Amat beruntung dan seharusnya bersyukur apabila pada ketika ini kita masih lagi mempunyai ibu dan bapa. Tetapi bagi adik Adam Noramzar Syahrizal, kehidupan sehariannya amat berbeza bagi kanak-kanak yang lain. Apa yang dilakukannya pada setiap hari adalah mengunjunginya pusaraibunya yang telah meninggal dunia. Melayukini.net difahamkan, ibu Adam sudahpun meninggal dunia selepas kematian bapanya lima tahun lalu. Anda boleh ikuti video di atas ini.Alor Gajah: Biarpun dipisahkan kematian, kasih mendalam terhadap ibunya membuatkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun sanggup mengunjungi pusara ibu setiap hari sejak lapan bulan lalu di Taman Sebang Gemilang, dekat sini.
Setiap kali berkunjung ke pusara ibunya, kanak-kanak itu Adam Noramzar Syahrizal akan ‘memberitahu’ ibunya bahawa dia datang menziarah sambil mengucup batu nisan.
Malah, setiap kali melangkah keluar meninggalkan tanah perkuburan itu, air mata pasti berlinangan di pipi Adam selepas memanjatkan doa untuk arwah ibunya, Noorzalina Ismail, 31, yang pergi menghadap Ilahi kerana penyakit radang paru-paru, Januari lalu.
Kanak-kanak itu bergelar yatim piatu kerana bapanya, Syahrizal Ibrahim, 29, terlebih dulu pergi menghadap Ilahi akibat penyakit misteri, hampir lima tahun lalu.
Adam berkata, saban hari dia merindui ibunya dan atas alasan itulah ke pusara pada waktu petang.
{ 2 comments... read them below or add one }
sedihnya
26 August 2013 at 02:27
sgt sedih..tak baca atau tgok byk2 pun dh rasa sedih..kalau depan2 tak tahulah camna..hati cpt touching..
26 August 2013 at 16:06
Post a Comment