Seorang pelajar maut manakala lapan rakannya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Segaliud cedera parah apabila bas sekolah ysng dinaiki mereka bertembung dengan lori pembancuh simen di Batu 31, Jalan Sandakan-Lahad Datu. Kejadian berlaku pada pukul 12 tengahari (23 Ogos 2013) dan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan juga Hospital Kinabatangan.
Pelajar yang maut itu dikenali sebagai Eddy Wallfired Eleazer Benjasor Bin Hendry, 13. Lapan yang cedera parah dikenali sebagai Felix bin Cenai, 38, (pemandu bas), Faranita Sadingki, 15, (perempuan), Jowintiana John, 16, (perempuan), Romerio Lim, 14, (lelaki), Jaerik John, 15, (lelaki), Nurhafisa Nabila, 10, (perempuan), Nurnilamsari, 12, (perempuan), Velintine Sudinkai, 13, (lelaki).
Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment