Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

on Saturday 24 August 2013

Tengku Khairul Anuar Tengku Alias yang berusia 26 tahun merupakan salah seorang korban nahas bas di Genting Highlands baru-baru ini yang mana merupakan satu rekod kemalangan terburuk pernah berlaku sejak 17 tahun lepas. Arwah yang bekerja di Genting Highlands memohon ibunya untuk menjemput di Stesen Komuter Taman Datuk Harun namun perjalanan arwah terhenti di situ sahaja.

KUALA LUMPUR – Teh Awang tidak menyangka panggilan telefon memintanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini adalah untuk mengecam mayat anaknya Tengku Khairul Anuar Tengku Alias, seorang daripada 37 mangsa yang terbunuh dalam nahas bas di Genting Highlands pada Rabu lepas.

Katanya beliau sepatutnya mengambil anak lelaki tunggal daripada tujuh beradik itu di Stesen Komuter Taman Datuk Harun di sini pada hari kejadian selepas bercuti di pusat hiburan itu.
Teh Awang, 64, tidak dapat menahan kesedihan selepas membuat pengecaman mayat ke atas anaknya.

“Arwah menghubungi makcik pada Ahad lepas meminta menjemputnya di stesen komuter pada Rabu lepas…tetapi selepas itu makcik gagal menghubunginya,” kata beliau ketika ditemui di Bilik Mayat HKL di sini, selepas mengecam mayat anaknya
petang tadi.

Teh, 64, tidak menyangka Tengku Khairul Anuar, 26, adalah antara mangsa nahas itu kerana hanya diminta membuat pengecaman mayat oleh HKL hari ini.

Beliau berkata, jenazah anaknya yang pernah bekerja di Genting Highlands, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Desa Mentari, Petaling Jaya esok.

Dalam kejadian 2.22 petang itu, seramai 37 orang maut manakala 16 lagi cedera selepas bas awam yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di Km3.5 Jalan Genting Highlands. – Bernama
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved