Kanak-Kanak Perempuan 5 Tahun Didera Kejam Kini Bertarung Nyawa Di ICU

on Saturday 24 August 2013

Kanak-Kanak Perempuan 5 Tahun Didera Kejam Kini Bertarung Nyawa Di ICU | IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dipercayai dipukul dengan kejam oleh ibunya di Taman Wang, Menglembu, kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan pada petang Jumaat.

Beliau berkata terdapat kesan calar dan dipukul pada seluruh tubuh dan kepala kanak-kanak berkenaan.

“Dia kini di rawat di ICU. Siasatan berhubung perkara ini sedang dijalankan,” katanya.

Sum berkata ekoran laporan yang dibuat, polis kini menahan ibu bapa mangsa di rumah mereka pada pukul 1.30 petang.

Kanak-kanak malang itu di bawa ke hospital oleh ayahnya yang berusia 39 tahun.

Difahamkan mangsa dipukul oleh ibunya yang berusia 30 tahun kerana sangat nakal.

Polis kini menyiasat kes berkenaan atas kesalahan mendera kanak-kanak.-mstar
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved