Jehan Miskin – Itu Simbol Pengakap,Bukan Salib

on Saturday 24 August 2013

Jehan Miskin – Itu Simbol Pengakap,Bukan Salib | Jika sebelum ini pelakon dan penyanyi bibir seksi, Kilafairy pernah dikaitkan dengan foto berunsurkan lambang salib, terbaru seorang lagi pelakon lelaki iaitu Jehan Miskin turut dikaitkan dengan isu yang sama.

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh Jehan bertarikh 15 Ogos lalu, pelakon ini dilihat sedang berada disamping isterinya, di mana mereka kelihatan sedang memakai sepasang rantai dengan caption berbunyi :
Foto tersebut bagaimanapun menarik perhatian beberapa orang peminat, di mana ada segelintirnya mendakwa loket yang dipakai oleh pengarah drama What If itu adalah berbentuk salib dan meminta agar aktor berkenaan berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori.
Dalam pada itu, Jehan turut menerangkan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap. -Ohbulan
Foto: Instagram Jehan Miskin
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved