Menurut keterangan ibu bayi berusia dua tahun tersebut, awalnya si anak mengeluh sakit pada perutnya dan seringkali muntah. Ketika dibawa ke doktor dan setelah di x-ray, si Ibu terkejut kerana lebih dari 40 jarum jahit berada di dalam tubuh anak tersebut.
Seperti dilaporkan AFP, 40 jarum jahit diketahui berada di bahagian tubuh anak kecil tadi. Beberapa jarum nampak di leher, dada, dan kaki balita malang tersebut, bahkan salah satu jarum seperti tercucuk pada paru-parunya.
Doktor pun terus berusaha mengeluarkan jarum sepanjang lima sentimeter tersebut. Namun salah satu jarum yang tercucuk di organnya tidak akan dikeluarkan, kerana proses pembedahan mencabut jarum dikhuatirkan merosak organ si anak kecil ini.
Peristiwa ini disyaki dilakukan oleh ayah si anak, yang menurut polis setempat telah melakukan tindakkan menggunakan ilmu hitam. Hal tersebut terbongkar setelah ibu anak kecil tersebut menemukan benda mencurigakan di dalam rumah yang dia tinggali bersama ayah si anak.
Polis sendiri sudah mendapat keterangan dari si ayah, Roberto Carlos Magalhaes. Diduga aksi ini dipercayai bermotif dendam dari wanita simpanan Magalhaes, kepada ibu si anak malang ini. Magalhaes sendiri mengaku telah melakukan santau terhadap anak tirinya itu dengan praktik Macabre.
Hingga kini keadaan anak yang malang ini sungguh kritikal, tetapi doktor menyatakan kesihatan anak tersebut mulai menunjukan tanda-tanda positif setelah mendapatkan rawatan dari pihak hospital.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment