Ini dia lelaki tulen yang boleh mengandung

on Sunday, 1 April 2012

Kaum wanita nampaknya tidak boleh lagi mengatakan sebagai satu-satunya yang boleh melahirkan anak. Di Manhattan, New York, seorang lelaki tulen bernama Lee Mingwei sedang menanti kelahiran bayi yang sedang dikandungnya
Itulah hasil kerja sebuah pasukan di GenoChoice, Inc. yang memang berniaga di bidang rekaan genetika. Kelmarin, USA Today online memilih web http://www.malepregnancy.com yang memuat berita kehamilan Lee tersebut sebagai salah satu web terpanas.

Ketika diakses, web itu memang memamparkan segala sesuatu berkaitan dengan kehamilan Lee , dari wawancara, teknik kehamilan, siaran langsung dan rakaman video aktiviti Lee sehari-hari, hingga rakaman pemeriksaan ultrasonografi (USG) bayi.

Kehamilan itu membuat tubuh dan rongga perut Lee seperti tubuh dan kandungan wanita. Pertama, Lee diberi terapi pil hormon wanita. Ini untuk menyiapkan tubuh Lee sehingga boleh menerima proses kehamilan. Kemudian, dengan proses bayi tabung sel sperma dan sel telur dipertemukan di lab embrio dan plasenta ditanam di dinding rongga selaput rongga perut.

Ini mirip dengan kes hamil di luar kandungan yang sering dialami wanita. Di sinilah bahayanya kehamilan pada lelaki Sebab, boleh terjadi perdarahan hebat kalau selaput itu robek. Setelah embrio berhasil ditanam dan hidup, mulailah proses kehamilan. Lee tidak lagi mendapat terapi hormon, kerana proses kehamilan itu sendiri boleh mengatur mekanisme hormonalnya sendiri.

Embrio merangsang tubuh Lee untuk mengeluarkan hormon-hormon yang diperlukan untuk pertumbuhannya. Dalam proses kehamilan Lee, tdokter sangat puas kerana ternyata pertumbuhan janinnya normal.

Itu boleh dilihat dari berbagai pemeriksaan, baik terhadap Lee mahupun janinnya, seperti monitoring jantung, sampling cairan ketuban, dan ultrasonografi (USG). Perut Lee pun terus membesar. Yang paling kritikal nanti adalah persalinan. Tidak disebutkan bila persalinan itu akan dilakukan.

Persalinan melalui bedah caesar ini harus mengangkat bayi dan ari-arinya. Yang bahaya adalah melepas ari-ari yang sudah lengket menyatu dengan dinding selaput perut. Perdarahan hebat boleh terjadi. Belum lagi pengaruhnya terhadap organ-organ penghuni rongga perut yang lain.

Untuk keperluan ini, sebuah pasukan doktor ahli bedah sudah disiapkan. Mereka sudah berpengalaman menangani kes-kes kehamilan di luar kandungan. Dalam sebuah wawancara dengan majalah PaperVeins, Lee yang tinggal di apartemen di Manhattan, NY, mengaku menikmati kehamilannya.

"Tidak ada yang lebih alami dan indah dibandingkan melahirkan anak. Ini yang selalu saya inginkan," kata Lee yang menyedari risiko yang harus dihadapinya. Lee yang seniman itu juga sedar, kehamilannya ini boleh mengubah banyak hal di dunia, terutama berkaitan dengan sosial.

"Mengapa lelaki tidak boleh mengandung seperti wanita? Mengapa lelaki tidak boleh merasakan beban yang selama ini hanya dirasakan wanita? Mengapa lelaki tidak boleh menikmati keindahan dan kegembiraan yang dirasakan wanita hamil? Sekarang menurut saya, sebagaimana wanita, punya lebih banyak pilihan, lebih banyak kemungkinan, lebih banyak peranan dibandingkan yang selama ini," paparnya.

Lee sadar, selama ini idea tentang kehamilan lelaki hanya jadi bahan lawak Misalnya, dalam filem komedi yang dibintangi Arnold Schwarzenegger. Juga, dalam salah satu episode The Cosby Show, ketika semua pemeran lelaki di filem itu ingin hamil. Juga, cerita tentang kaum lelaki yang berdandan seperti wanita hanya untuk ditertawakan.

Menurut Lee, lawak semacam itu didasarkan pada absurditas tentang kehidupan yang maskulin. "Sekarang, ketika seorang lelaki benar-benar hamil, tidak ada lagi yang tertawa," katanya.

Lee juga menegaskan, meskipun hamil, dia sepenuhnya lelaki normal, bukan lantas menjadi pondan. "Saya tetap lelaki, baik secara biologi mahupun anatomi. Tidak seperti sebagian lelaki yang ingin tampil seperti wanita, saya tidak merasa seperti itu, dan tidak pernah katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved