Phang berkata kepada Sinar Harian, anaknya perempuannya berkelakuan ganjil dan merengek seakan menahan sakit serta tidak mahu memakai lampin pakai buang dan sering menunjukkan tangan kanannya ke arah dubur.
Selepas memeriksa dubur anaknya dia terkejut mendapati terdapat cecair putih bersama darah merah di bahagian itu.
Pang dan isterinya yang juga warga Vietnam telah membawa bayi mereka ke sebuah pusat perubatan di Labis dan kemudian dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Segamat.
“Saya segera membawa anak ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan dan hasilnya mendapati kemungkinan besar dia diliwat kerana ada kesan tusukan benda keras di duburnya.
“Saya kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki anak saya diliwat dan mahu mendapatkan keadilan untuk anak saya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi, mengesahkan menerima laporan tersebut pada hari sama. Seorang lelaki berusia 43 tahun telah ditahan pada jam 5 petang kelmarin.
“Suspek akan ditahan reman sehingga 26 Ogos ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
{ 2 comments... read them below or add one }
bodoh x ada hati perut
23 August 2013 at 22:53
Tak ada detail penuh anaknya dgn siapa, disebut kena liwat aja.
24 August 2013 at 02:43
Post a Comment