Menerusi laman Facebook rasmi pelakon tersebut, terdapat segelintir peminat menyarankan agar Fasha memandikan anaknya dalam keadaan berdiri dan meletakkan tab mandi di paras yang lebih tinggi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Dalam pada itu, terdapat juga segelintir peminat yang masih menyokong tindakan pelakon tersebut dan menyifatkan Fasha sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab kerana berani memandikan cahaya matanya sendiri dalam usia yang masih kecil.
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Apa pun, kami sangat kagum dengan cara Fasha menjaga anak sulungnya ini. Menerusi foto yang dimuat naik oleh pelakon tersebut, kita boleh lihat Fasha sememangnya seorang ibu yang penyayang dan mampu menguruskan anaknya sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa.
PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment