Nasha Aziz Jatuh Longkang di Malam Raya

on Monday, 12 August 2013

Bekas supermodel dan pelakon popular Nasha Aziz pernah melalui pengalaman pahit, jatuh longkang di malam raya. Dedah Nasha, insiden yang belaku pada malam hari raya pertama itu gara-gara dia yang terlalu teruja mahu menghantar para tamu yang berkunjung ke rumah neneknya.

“Saya ni dulu masa kanak-kanak, seorang yang aktif dan lasak. Paling saya ingat, kalau setiap kali hari raya apabila tetamu datang ke rumah nenek saya, pasti saya pun ikut sibuk menyambut tetamu. Tetamu nak balik, saya pun ikut sibuk hantar sampai luar depan rumah. Depan pagar rumah saya ada satu bangku batu, setiap kali iring tetamu balik, saya akan berlari dan terus panjat tembok tu.

“Nak jadikan cerita, masa tu malam raya pertama. Para tamu di rumah kami nak pulang. Jadi saya seperti biasa akan berlari dulu ke depan sebab nak panjat bangku tu. Entah macam mana saya boleh terjatuh dalam longkang betul-betul kat depan bangku tu.

“Bila dah jatuh tu saya terus terdiam, tergamam. Nenek saya pun terjerit-jerit la nama saya nak pastikan saya okay. Mujurlah hanya luka-luka sikit saja. Tapi yang lucunya, nenek kata, “hah! tu mesti ada ‘benda’ yang tolaklah tu”. Padahal, cucu dia ni dah salah bajet, lari laju sangat”, kongsi Nasha Aziz sambil tersenyum

Empunya nama sebenar Noraishah Abdul Aziz, 42, ini bercerita mengenai memori sewaktu hari raya Aidilfitrinya itu ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro, baru-baru ini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved