Tiket Bas Terjual Baru 48 Keping, Tapi Penumpang Lebih Dari Itu!

on Wednesday, 21 August 2013

KUANTAN – Bas yang terjunam ke dalam gaung di Km 3.5 Jalan Genting Highlands, hilang kawalan sejauh 100 meter sebelum melanggar tebing dan jatuh ke dalam gaung itu, kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Katanya siasatan awal juga mendapati sebanyak 48 tiket dijual namun bilangan penumpang yang menaiki bas bernombor pendaftaran WGA 4136 berkenaan lebih daripada itu.

Kejadian dilapor berlaku 2.45 petang ketika bas berkenaan menuruni puncak Genting Highlands berdekatan Chin Swee Temple, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu mengorbankan 37 nyawa, manakala 16 lagi cedera. – BERNAMA
Ranking: 5

{ 8 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Kalau dah nama Malaysia, bas tu ada limit ke takde limit ke, sumbat je lah. Kan. Lagi2, RAPID


21 August 2013 at 23:57
Mohd Izwan Amran said...

Naimkaizoku Senpai.. Yang Mati 37.. yang cedera 16.. total 53.. sapew lagi 4??


22 August 2013 at 00:32
Afifah Sazali said...

ulat tiket nye keje


22 August 2013 at 00:51
Anonymous said...

58 ke sume dlm bas tu?


22 August 2013 at 01:43
Anonymous said...

driver bus kena kira gak..dia tak beli tiket....


22 August 2013 at 03:17
nas BoNzai said...

budak2 kecik kene tiket gak ke??


22 August 2013 at 07:26
Anonymous said...

ade baby x?


22 August 2013 at 07:29

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved