Konsert Solo Di DFP Semakin Hampir Jadi Kenyataan - Siti

on Sunday, 30 September 2012





Datuk Siti Nurhaliza mengakui wujudnya usaha untuk melaksanakan konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi syarikat produksi miliknya Siti Nurhaliza Productions.

Jelas Siti, perbincangan dengan pihak DFP masih berlangsung dan hampir mencapai kata putus. Konsert solo Siti bersama Malaysian Philharmonic Orkestra itu dijangka berlangsung selama dua malam dan dijadual diadakan pada Julai tahun hadapan.

"Buat masa sekarang kami masih belum menandatangani sebarang perjanjian, namun perbincangan yang berlangsung semakin hampir mencapai kata putus. Memang Siti berharap konsert solo di dewan berprestij itu akan menjadi kenyataan kerana peluang untuk menyanyi bersama Malaysian Philharmonic Orchestra bukannya datang selalu," jelas Siti yang ditemui sewaktu sesi ramah mesra bersama media di kediamannya di Bukit Antarabangsa malam tadi.

Siti Nurhaliza merupakan artis tempatan keempat yang berpeluang untuk mengadakan konsert solo di dewan berprestij itu selepas Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid dan Datuk M.Nasir.

Penyanyi nombor satu negara itu pernah dijemput sebagai penyanyi undangan di Konsert Perjalanan Seni Tan Sri SM Salim pada tahun 2001.

Info- Larian Maraton Boleh Merosakkan Jantung??!!!



SEBELUM ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung.

Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.

Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.

Gambar!! Sekitar 1400 kereta honda dimusnahkan di Thailand


Kilang membuat kereta Honda mengumumkan bahawa pihaknya akan menghancurkan sekitar 1.400 unit kereta yang rosak akibat banjir di Thailand. Honda juga memiliki dua kilang di Ayutthaya yang terendam banjir dalam waktu lama sehingga menyebabkan kerosakan serius.

Pengumuman ini disiarkan oleh Honda Motors untuk menepis adanya spekulasi bahawa Honda akan memperbaiki kereta-kereta yang rosak akibat banjir dan menjualnya di pasaran setempat atau luar negara sebagai kendaraan baru.
Spekulasi ini menimbulkan kekuatiran di kalangan pengguna dan untuk itu Honda Automobile (Thailand) meyakinkan pelanggangnya bahawa kendaraan yang rosak terendam banjir akan dihancurkan.










Tuntut Khidmat Seks Untuk Mendapatkan Kontrak

SINGAPURA - Seorang saksi utama kelmarin memberi gambaran jelas mengenai hubungan intimnya dengan seorang bekas pegawai polis Singapura yang dituduh menuntut khidmat seks sebagai balasan untuk membantu mendapatkan kontrak bekalan kerajaan.




Saksi itu, Cecilia Sue, 36, yang menjual teknologi komputer kepada agensi kerajaan berkata, Ng Boon Gay, 46, memberikan maklumat sulit kepadanya bagi membantu mendapatkan kontrak ketika tertuduh menjadi Pengarah Biro Narkotik Pusat pada tahun 2011.

Pihak pendakwa raya berkata, Ng meminta seks oral daripada Sue sebanyak empat kali bagi melanjutkan kepentingan perniagaannya.

Tindakan itu nyata melanggar undang-undang antirasuah di negara ini. Bukti baharu yang dibentangkan di mahkamah menunjukkan mereka pernah mengadakan hubungan seks.

"Saya tanya dia sekiranya ada bajet lebih. Adakah ia kira-kira $300,000? Dia menyebut ia lebih kurang beberapa ratus ribu (dolar Singapura)," kata Sue ketika disoal siasat oleh pihak pembelaan.

Ditanya sama ada Ng mempengaruhi keputusan pemberian tender untuk membekalkan perkakasan dan perisian komputer kepada lembaga narkotik dengan memberitahu bajet, Sue menjawab: "Ya!"

Kelmarin, Sue memberitahu mahkamah dia membuat keputusan untuk melaporkan kelakuan Ng kepada pihak berkuasa kerana takut. Tetapi peguam bela mempersoalkan kredibilitinya. -AFP

CUTI DI PHUKET BERSAMA HANS ISAAC... "ITU KEBETULAN!"



DiI PREBIU filem 'Hantu Kapcai' baru-baru ini, kami berkesempatan bertemu Neelofa untuk mengetahui kebenaran di sebalik cerita bahawa dia telah bercuti bersama Hans Isaac di sebuah pulau popular di negara Thailand.

“Terus terang saya katakan, saya bercuti di Phuket manakala Hans di Koh Samui. Dan buat pengetahuan semua, saya bertolak pada hari Ahad dan pulang ke Malaysia pada hari Isnin. Sementara, Hans masih bercuti dan mungkin balik pada Rabu atau Khamis ini.

“Saya pergi pun dengan kawan baik saya setelah penat bekerja dan ingin berehat buat sementara waktu sebelum kembali ke set penggambaran. Tetapi, apabila timbul isu dan balik ke sini, dah berserabut kepala,” ujarnya sambil berseloroh.

Lofa turut menjelaskan bahawa aktor kacak yang membintangi drama, “Kau Terindah”, Nazim Othman turut bercuti ke Phuket tetapi mereka tidak pernah bertemu semasa berada di sana, berikutan mereka ke sana bersama kumpulan masing-masing.

Selain itu, mengenai gambarnya bersama Hans Isaac, Neelofa melihatnya sebagai salah satu cara untuk menjatuhkannya.

“Benda ini berlaku secara kebetulan kerana saya bercuti di negara yang sama dengan Hans. Kalau betullah, baik saya 'upload' terus gambar saya dengan dia semasa berada di sana.” ujarnya.

Mengenai perkembangan terbarunya, Neelofa akan membintangi filem arahan Osman Ali yang berjudul 'Pilot Café' dan akan memulakan penggambaran sekitar Oktober ini.

PRU13: Selebriti Malaysia Sudah Tidak Sabar Untuk Mengundi

on Friday, 28 September 2012


PILIHAN RAYA UMUM (PRU-13) merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh segenap masyarakat di Malaysia baik parti kerajaan mahupun pembangkang.

Malah ada desas-desus yang mengatakan PRU-13 mungkin diadakan pada tahun ini.

Kini, pelbagai medium digunakan termasuk media cetak dan elektronik dalam menggesa rakyat untuk mengundi.

Begitu juga di kalangan selebriti, mereka juga harus menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan membuang undi.

Jom kita tinjau, siapakah di antara selebriti kesayangan ramai ini yang turut menyahut seruan kerajaan untuk mengundi...

"Memandangkan ini adalah tahun pertama saya mengundi, saya akan membuat pilihan yang terbaik dalam memilih calon yang berhak. Insya-Allah, jika tiada sebarang aral melintang, saya akan turun mengundi di peti pos, Lembah Keramat." -Ana Raffali-

"Tahun ini adalah tahun kedua saya turun mengundi. Sebelum ini, saya membuang undi di peti pos, Jalan Klang Lama. Kini, saya sudah berpindah alamat dan lokasi buang undi masih belum diketahui. Saya akan cek semula lokasi tersebut apabila tarikh PRU-13 diumumkan nanti." -Attilia-

"Sama seperti empat tahun lalu, saya akan membuang undi di peti pos, Keramat AU2, Gombak mengikut alamat yang telah ditetapkan. Tahun ini adalah tahun kedua untuk saya menentukan pilihan yang terbaik dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat. Saya turut berharap agar kesemua artis dan penggiat seni turut membuang undi dan menentukan pilihan yang tepat. Setiap undian anda berupaya mengubah segalanya" -Zed Zaidi-

“Tahun ini adalah kali pertama saya layak mengundi. Namun, undi saya adalah rahsia dan keluarga saya amat menitik beratkan hal ini kerana satu undi mampu mengubah segalanya. Sebagai selebriti, kita harus menjadi penggerak kepada masyarakat. Tidak salah sekiranya golongan artis terlibat dalam politik kerana ia adalah hak asasi sebagai seorang warganegara, terpulang kepada individu itu sendiri." -Shila Amzah-

Gambar Seksi Najwa Latif



Najwa Latif Seksi? Gambar Najwa Latif Seksi? Peh,macam-macam la yang korang dok google yek. Lagi-lagi time cuti sekolah sempena Deepavali aritu, keyword yang bukan-bukan je masuk blog aku ni. Hipotesis aku, makin lama budak-budak sekolah bercuti..semakin banyaklah keyword gambar seksi dan lucah yang masuk disearch oleh mereka. Tak percaya? meh tengok bukti sikit meh.
analytics daripada akaun Nuffanng aku, top search - Najwa Latif Seksi

Gambar Najwa Latif Seksi? Ada ke? Setahu aku, najwa latif ni sejak dulu lagi memang dah dikenali sebagai seorang YouTubers bertudung. Bukannya sebagai najwa latif yang seksi macam apa yang mereka-mereka dok google tu ye.

Gila sangap betul la orang kita ni kan? Agak-agak la kalau nak mengGoogle sekalipun, cubalah google benda yang bermanfaat sikit. Ni tak...najwa latif seksi jugak yang korang type.Adess..

Seriously, gambar najwa latif seksi memang takde dalam blog aku ni tapi kalau gambar najwa latif bertudung tu ada laa...nak tengok? Ni dia aku tepek satu. Nak lagi? Korang boleh usha sendiri kat fanpage Carta Hati-NajwaLatif ni okeh.

Okay,malas aku nak cerita banyak-banyak. Pengajarannya kat sini, gunakan lah Google tu sebaik-baiknya. Tak perlu kot nak search benda yang bukan-bukan. Dan kalau dah tak tahan sangat kan, google je la gambar seksi artis Hollywood nun, mesti melambak-lambak korang dapat daripada korang dok kecoh nak google Gambar Najwa Latif Seksi....tak berbaloi langsung. Lain la korang search tu untuk memalukan dan menjatuhkan dia...

KEEP ON SMILING:)

kredit : azri.my 

Buta Bukan Penghalang Tunai Ibadah Haji.

on Wednesday, 26 September 2012

MADINAH, 22 Sept - Walaupun mengalami cacat penglihatan, namun ia tidak melemahkan semangat seorang jemaah haji Malaysia, Kamal Majid untuk berusaha mendapat haji yang mabrur.

Malah, bagi Kamal, 47, seorang guru tahfiz al-Quran dari Selayang Baru, Selangor berkata kecacatan yang dialaminya itu tidak membataskan beliau untuk menyempurnakan setiap rukun, semasa menunaikan rukun Islam kelima itu.

"

Banyak orang kata, orang macam saya susah di sana (tanah suci) kerana kesesakan lautan manusia, tetapi saya tidak pernah terfikir macam itu dan kerana keinginan saya, tuhan makbulkan doa dan berikan saya pengiring dan pelbagai kemudahan lain," katanya kepada pemberita Malaysia di tempat penginapannya di sini.

Kamal, mengerjakan haji bersama anak saudaranya Mohd Nursyafiq, 18, yang juga bertindak sebagai pengiringnya.

Katanya dengan diiringi anak saudaranya itu, beliau sudah beberapa kali menziarahi makam Rasulullah s.a.w dalam Masjid Nabawi di sini, dan bersolat di kawasan Raudhah masjid berkenaan.

"Dari segi mata kasar, memang sukar hendak melawat makam Rasulullah s.a.w kerana terlalu ramai orang, selain tubuh orang Arab, Iran dan Turki yang besar... begitu juga kalau nak solat di Raudhah.

"Kita ini bertubuh kecil, tetapi dengan kuasa Allah Taala, kami mudah masuk, dengan kerjasama polis yang menjaga... nampak saya dia beri laluan dan tarik saya masuk ke dalam kawasan Raudhah," katanya.

Guru Tahfiz itu turut berpesan kepada jemaah haji Malaysia supaya membuat persiapan secukupnya kerana perjalanan ibadat mereka di Tanah Suci banyak cabaran dari segi fizikal dan mental.

"Saya juga ingin mencadangkan kepada Tabung Haji supaya golongan kurang upaya diberikan pengiring sukarelawan ketika berada di Tanah Suci jika mereka tidak diiringi sanak saudara," katanya.

Beliau juga memuji kecekapan pengurusan Tabung Haji dan meminta jemaah haji lain agar bersyukur dengan apa yang diberikan kerajaan dan Tabung Haji serta bersabar jika menempuh kesulitan, kerana niat untuk beribadat harus menjadi keutamaan.

-- BERNAMA

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Hina Islam Di Laman Facebook



KLANG: Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.

Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.

"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini hari ini.

Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.

Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut. -bernama

Shahiezy Sam Rancang Tamat Zaman Bujang



PASTI ramai yang perasan apabila melihat poster yang diiklan di kebanyakkan panggung wayang tidak lagi dipenuhi dengan wajah pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam.

Memang sengaja mahu berehat di dalam bidang lakonan, Shaheizy Sam menyatakan niatnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2014 jika dipertemukan jodoh.

"Saya memang sengaja mengambil cuti untuk berehat seketika. Takut peminat bosan pula jika acapkali melihat muka saya di layar perak."

Dipetik dari laporan Sinar Harian, Shaheizy memberitahu dia mensasarkan bakal menamatkan zaman bujang untuk tempoh dua tahun lagi iaitu sekitar tahun 2014.

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, 30, hanya tersenyum memberi 1001 persoalan ketika ditanya sama ada dia sudah mempunyai kekasih hati.

Dalam perkembangan lain, Shaheizy Sam kini sudah memiliki syarikat produksi sendiri iaitu Cats and Kids Entertainment dan bukan dikongsi bersama kakaknya.

"Ini merupakan syarikat produksi saya sendiri dan bukan dikongsi bersama kakak saya, Zizie yang turut mempunyai syarikat produksinya sendiri, 2121 Vision Pictures.

Air Mani Beku Punca Pertelagahan

on Tuesday, 25 September 2012



ABU DHABI: Seorang lelaki tempatan menyaman bekas isterinya kerana mencuri sperma beku untuk hamil tanpa pengetahuannya, semalam.

Menurut lelaki terbabit, tidak lama selepas berpisah, wanita Russia itu secara diam-diam melakukan proses persenyawaan dengan air maninya di sebuah klinik.

Menurut lelaki itu, mereka pernah berkunjung ke klinik berkenaan untuk menjalani rawatan kesuburan sebelum itu. Mereka berpisah kurang tiga minggu selepas berkunjung ke klinik berkenaan.

Dalam keterangannya di mahkamah semalam, lelaki terbabit mengakui bekas isterinya itu hamil tetapi dia tetap berang kerana proses itu dilakukan di luar pengetahuannya.

“Saya mahukan keadilan. Apa yang berlaku tidak boleh diterima,” katanya di depan hakim di Mahkamah Rayuan Abu Dhabi.

Pasangan terbabit yang tidak dinamakan mengaku terdesak mahu mendapatkan anak selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan zuriat.

Mereka juga mengaku dua kali menjalani rawatan kesuburan tetapi gagal mendapat sebarang hasil. Disebabkan rumah tangga bermasalah, wanita terbabit kembali ke Russia dan menjalani proses rawatan kesuburan tanpa pengetahuan bekas suaminya. 

Lelaki terbabit berkata, apabila wanita itu kembali ke Abu Dhabi, dia memalsukan tanda tangannya dalam borang kebenaran mengambil air mani beku. “Saya menceraikan isteri tiga minggu kemudian tanpa mengetahui dia hamil,” katanya. Dia hanya tahu bekas isterinya hamil empat bulan kemudian.

Wanita terbabit turut memfailkan tuntutan bagi memaksa lelaki itu mendaftarkan nama bayi mereka dengan namanya. 

Mahkamah membenarkan permohonan itu tetapi lelaki terbabit membuat rayuan. Lelaki itu berkata, dia menyayangi anak perempuannya itu dan sedia memberikan hak sepenuhnya kepada isteri dan bayi berkenaan.

“Tetapi penipuan bekas isteri saya tidak boleh dibiarkan,” katanya. Sementara itu, hakim Khairi al-Kabbash berkata, lelaki terbabit wajar berlapang dada dan menerima kenyataan. Tambahan pula, kata Khairi, dia bersedia memberi nafkah serta hak kepada anak dan bekas isterinya.

“Kamu lelaki hebat.

“Saya faham mengapa bekas isteri kamu tidak mampu melepaskan kamu begitu saja,” katanya.

Diana Amir Rahsiakan Pertunangan, Ikut Syariat Islam



PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Diana Amir berkata keputusan merahsiakan majlis pertunangannya baru-baru ini adalah mengikut syariat Islam yang tidak mengesyorkannya untuk ia dihebohkan melainkan jika berkahwin.

Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 26, berkata, dia berharap semua pihak menghormati keputusan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap dia dan tunangnya Mohd Habib Bullah A. Rahman iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

“Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita menghebohkan majlis bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara pasangan kekasih.

“Lainlah kalau majlis perkahwinan, memang ia perlu dihebahkan untuk mengelakkan fitnah.

“Sebenarnya tada jaminan lagi saya pasti akan berkahwin dengan dia (Habib). Atas sebab itu, saya hanya adakan majlis secara tertutup untuk keluarga kedua-dua belah pihak sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Difahamkan, Habib yang berusia 20-an itu bertugas di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Merbok dan sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana.

Mereka yang berkenalan menerusi seorang teman Diana kurang setahun yang lalu melangsungkan pertunangan di kediaman aktres itu di sini, pada baru-baru ini.


.

Pelakon filem Salam Cinta itu berkata, dia enggan mencanangkan mengenai hubungannya dengan Habib demi menghormati keselesaan tunangnya itu yang tidak biasa dengan selok-belok dunia hiburan.

“Saya kasihan kepada dia kerana latar belakang dan profesion dalam bidang pendidikan adalah bertentangan dengan dunia hiburan yang penuh kontroversi ini.

“Demi menghormati keselesaan dia dan keluarga, saya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai majlis itu atau hubungan kami.

“Cukuplah mana yang sudah tahu, saya tidak menafikannya tapi tidak perlu saya hendak bercerita panjang lebar mengenai perkara ini,” luahnya.

Diana berkata, dia dan Habib masih belum membuat sebarang ketetapan mengenai perkahwinan kerana mereka mahu mengukuhkan kewangan dan kerjaya masing-masing terlebih dahulu.

“Pada peringkat ini, kami mahu lebih mengenali antara satu sama lain. Belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, biarlah kami kukuhkan kewangan dahulu,” jelasnya.

Mengenai kerjaya, Diana berkata, jadualnya kini terisi dengan komitmen sebagai penceramah motivasi untuk para pelajar di merata sekolah dan mengacarakan majlis-majlis korporat.

“Tumpuan sekarang adalah pada komitmen sebagai penceramah motivasi dan pengacara.

“Insya-Allah pada awal Oktober depan, saya akan terlibat dalam penggambaran sebuah telefilem untuk Astro Oasis,” kongsinya.

Gaduh Di Kilang Produk Apple

BEIJING: Syarikat Foxconn yang mengeluarkan produk keluaran syarikat Apple dan beberapa firma elektronik lain menutup sebuah kilang di China semalam ekoran insiden pergaduhan melibatkan 2,000 orang pekerjanya, kata beberapa pegawai.

Sekitar 40 orang cedera dalam pergaduhan yang berlaku di kilang Foxconn, di Taiyuan pada pukul 11 malam kelmarin.

Syarikat induk Foxconn, Hon Hai memberitahu, pergaduhan tersebut berjaya dikawal oleh polis.

Beberapa gambar berkaitan insiden tersebut kemudian disiarkan di internet.




"Fasiliti ini akan dibuka semula esok," kata jurucakap Hon Hai, Simon Hsing.

Foxconn yang merupakan pengeluar komponen komputer terbesar di dunia, memasang produk untuk Apple, Sony dan Nokia selain beberapa firma lain.

Kenyataan yang sama memberitahu, pergaduhan itu bermula dengan pertikaian peribadi melibatkan beberapa pekerja di sebuah asrama kilang berkenaan yang terletak dalam wilayah Shanxi. - AFP

Info – Mencukur Sebahagian Daripada Rambut Kepala Adalah Haram

on Monday, 24 September 2012


Sekarang ni, fesyen mengayakan rambut dengan cukuran (seperti pada gambar di bawah) sudah menjadi trend dalam kalangan remaja. Kalau kena pada gayanya, memang nampak cool. Tapi mungkin ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa ianya adalah haram bagi mereka yang beragama Islam. Teruskan membaca~



Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza’.

Qaza’ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.

Larangan melakukan qaza’ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah daripada melakukan qaza’ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Ayuh sebarkan dan semoga ianya bermafaat.

Kahwinkan Katak Untuk Panggil Hujan Di India (6 Gambar)

Percaya atau tidak, upacara perkahwinan antara haiwan bukan lagi asing di kalangan masyarakat di India. Terbaru, ritual perkahwinan antara katak berlangsung di sebuah perkampungan di wilayah Chhattisgarh, Takhatpur, India. Penduduk di sana percaya bahawa upacara perkahwinan yang luar biasa ini dapat menyelesaikan ‘sumpah kemarau’ yang melanda kawasan itu sejak beberapa bulan sehingga mengakibatkan kekurangan bekalan air.

Walaupun hanya katak, tetapi perkahwinan tersebut dilakukan dengan penuh adat istiadat perkahwinan masyarakat Takhatpur, termasuk dihiburkan dengan pelbagai lagu dan diberi hadiah. Mengikut kepercayaan, sejurus pasangan katak itu ‘bercium’, semua yang hadir akan bernazar memohon hujan. Sesudah itu, pasangan katak akan dilepaskan berhampiran sungai di perkampungan itu sekaligus membawa nazar daripada penduduk kampung terbabit.







_


Dan jangan tidak tahu, selain katak, perkahwinan antara haiwan seperti keldai dan kerbau juga masih dilakukan oleh beberapa golongan masyarakat di India bagi memenuhi niat. Matcham-matcham betul lah.

Pelukis Polis Yang Sangat Hebat!!! (8 Gambar)


Lakaran Dana Wilson, yang dituduh menculik bayi yang baru lahir pada tahun 1995, ini adalah lakaran yang sangat tepat

Cik Gibson, 62,Telah 30 tahun mengabdikan dirinya sebagai penegak keadilan hanya melalui lakaran lukisan wajah penjenayah.Bakat beliau sungguh luarbiasa,Dimana ketepatan wajah suspek penjenayah adalah sangat mirip wajah sebenar malah hampir seratus peratus tepat.

Kerana lukisan lakaran nya telah ramai penjenayah kecundang di tangan polis di Houstan.
Walaupun hanya dengan sedikit gambaran yang di berikan oleh mangsa namun Cik Gibson dapat melukisnya dengan sempurna.Ini memudahkan pehak polis membuat tangkapan dengan cepat.Bagaimana Cik Gibson memulakan kerjaya sebagai pelukis untuk polis di Houstan?

Kisahnya begini sewaktu umurnya 21 dia sendiri telah menjadi mangsa serangan penjenayah yang hampir meragut nyawanya.Semenjak itulah di terus berkhidmat sebagai pelukis polis demi menegakkan keadilan melalui bakatnya yang luar biasa.Tak percaya betapa miripnya lukisan lakaran penjenayahnya?Mari kita sama-sama saksikan.

Lakaran: Perogol Donald Eugene Dutton selepas dia melarikan diri dari penjara pada 
tahun 1991

Tepat: BandingKan lakaran Charles Raiford dengan wajahnya yang sebenar.


Penjenayah Naim Rodriguez hanya sedikit gambaran Cik Gibson dapat melukis dengan tepat wajah penjenayah ini.


Penjenayah berusia 17 tahun, Robert Hidalgo carjacked. 


Pembunuh: Francisco Cardenas sedang menjalani kehidupan di penjara setelah dilihat membunuh seorang pegawai polis


Ngeri: Pada tahun 2002, Jeffrey Lynn Williams telah dihukum mati kerana membunuh seorang wanita dan merogol anak perempuan berusia sembilan tahun.


Penjenayah Michael Hamberger, pada tahun 1988 lakaran ini meleta

Peik!! – Lelaki Berkulit Seperti Getah (5 Gambar)





Namanya Gary Turner dan kini berusia 41 tahun. Dia menghidapi sejenis Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) iaitu gangguan genetik luar biasa yang menyebabkan sel-sel pada kulitnya lemah dimana kulitnya tidak menegang seperti manusia normal. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang menghidap sindrom ini akan mengalami gangguan pada otot sendi dan saluran darah.

Kulit Gary Turner sangat longgar dan boleh diregangkan seperti getah yang ditarik sehingga mampu menukar bahagian perutnya menjadi tempat takungan 1.4 liter air. Namun sindrom itu langsung tidak melemahkan Gary Turner sebaliknya dia mengubah penyakitnya itu menjadi kerjaya yang menarik perhatian orang ramai sekitar London, Britain.

Turner yang menyedari penyakitnya itu sejak berumur 10 tahun berkata, kulitnya begitu nipis dan dua kali ganda nipis berbanding ketebalan kulit manusia normal. Oh! Dan untuk info, sindrom ini hanya berlaku kepada satu dalam 10,000 individu seluruh dunia. Adakah anda salah seorang daripadanya? Mari lihat beberapa gambar Tunner kat bawah ni. Cekidaut~






Inilah Alat Kawalan Permainan Video Terbesar Di Dunia!!




Inilah dia alat kawalan permainan video terbesar di dunia setakat ini. Saiznya 30 kali lebih besar daripada joypad biasa dan ianya dipamerkan di Stesen St. Liverpool, London, sekaligus menerima pengiktirafan Guinness World Recordsedisi permainan, baru-baru ini. Jangan tidak tahu, rekaan bombastik pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Delft, Netherland, itu juga boleh digunakan dan bukan sekadar perhiasan.


Alat kawalan permainan video itu mempunyai fungsi peranti sepenuhnya, dan jika mahu menggunakannya seperti alat kawalan biasa pengguna perlu mempunyai ketinggian 51 meter bersamaan ketinggian mercu tanda ‘London Column Nelson’.

Alat kawalan video atau joypad itu berukuran 366 sentimeter (cm) x 159cm, dengan seberat 120 kilogram (kg). Mengambil masa hampir lima bulan untuk disiapkan dengan kos pembinaan yang menelan belanja 4,000 pound (sekitar RM19,341).


Cara Untuk Menambah Ketinggian Secara Semula Jadi!



Tubuh yang tinggi lampai tentu menjadi dambaan setiap orang. Kadar pertambahan ketinggian sesorang adalah berbeza dan kita perlu tahu beberapa perkara iaitu faktor yang mempengaruhi ketinggian seseorang dan juga aktiviti yang kita perlu lakukan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan kita secara semula jadi.

Faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan atau ketinggian seseorang

1. Cukup Gizi.
Pastikan kita mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (seperti zat besi, kalsium, seng dan yodium) yang mencukupi kerana sumber sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan.
2. Faktor Keturunan
Ini juga dapat menentukan tinggi seseorang. Orang tua yang memiliki ketinggian badan yang ideal memberikan potensi untuk memiliki anak yang juga mempunyai tinggi yang ideal.

3. Hormon
Hormon pertumbuhan berfungsi untuk merangsang pertumbuhan tulang. Hormon tiroid diperlukan untuk melancarkan proses metabolisma tubuh. Hormon seks, yang terdiri dari hormon estrogen, progesteron dan androgen, bertugas dalam proses pematangan seksual.
Masalah kurang ketinggian yang kadang kadang boleh menjadikan kita kurang keyakinan dan tidak selesa berada di khalayak ramai. Mungkin ada yang tidak kisah dengan tinggi mereka, ada yang merasakan mereka lebih comel kalau tidak cukup tinggi. Dan untuk yang ingin mengatasi masalah tidak cukup tinggi mereka sebenarnya boleh mencuba senaman yang betul yang mampu meransang pertumbuhan badan kita.
Senaman yang boleh dilakukan untuk meransang kadar pertumbuhan:
1. Stretching
Gerakan meregangkan badan. Sehingga otot dan tulang-tulang punggung tertarik. Jika gerakan ini dilakukan secara rutin dan intensif maka dapat membantu merangsang penambahan ketinggian.
2. Standing Forward Bend
Gerakan yang mudah tetapi sebenarnya sangat efektif dan ini juga merupakan salah satu cara yang bagus untuk berehat dan merangsang tulang belakang.
3. Downward Facing Dog
Juga dikenali sebagai Adho Mukha Svanasana, ini merupakan salah satu gerakan dari senaman yoga dan ianya adalah satu cara yang bagus untuk menambah tinggi melalui peregangan dan meningkatkan fleksibiliti tubuh anda.
4. Head to Knee
Kedudukan seperti ini dipanggil Janu Shirshasana dalam istilah yoga ianya cara merupakan cara yang bagus untuk tulang punggung dan meregangkan otot paha belakang (hamstring) anda.
Pastikan tulang belakang anda tetap lurus untuk mendapatkan kesan yang bagus daripada latihan.
5. Swimming
Semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ujung kaki. Disamping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot-otot tubuh.
6. Hanging
Salah satu halangan terbesar untuk menjadi lebih tinggi adalah graviti. Kita menghabiskan sebahagian besar hari anda dalam tegak atau kedudukan menegak. Semua graviti sepanjang hari telah memampatkan tulang punggung dan sendi, serta menipiskan tulang rawan dan menjadikan kita lebih pendek.
Semasa bersenam, badan akan melepaskan Hormon Pertumbuhan Manusia (Human Growth Hormone, HGH) ke dalam sistem tubuh kita Ini adalah hormon yang kompleks yang meransang tulang, otot, dan sel tubuh untuk meningkatkan saiz. Semakin baik latihan yang dilakukan, akan lebih banyak HGH dirembeskan dalam sistem badan kita.
Jadi sesiapa yang rasa nak sangat meninggi boleh lah cuba senaman senaman ini. Mungkin cara ini tidak berkesan kepada semua sebab badan manusia sangat berbeza tapi tak salah kalau nak cuba.

Pertandingan Misai, Janggut Unik Di Perancis



MULHOUSE - Lebih 100 orang menyertai pertandingan misai dan janggut peringkat Eropah di sini, timur Perancis kelmarin.

Pertandingan peringkat Eropah itu diadakan buat kali pertama.

Panel juri akan menilai dan memilih pemenang pertandingan tersebut. - Agensi

Pelajar UKM Bangi, Kekasih Baru Khairul Fahmi 'Apek'?

on Sunday, 23 September 2012


APEK dikhabarkan sering mengunjungi sebuah universiti terkemuka negara iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bertemu dengan seorang gadis yang tidak didedahkan identitinya.

Khairul Fahmi yang juga penjaga gol kebangsaan sebelum ini kerap dilanda gossip itu dilaporkan menulis dan bertukar-tukar tulisan manja bersama pasangannya melalui khidmat pesanan Twitter selain bijak menyembunyikan rahsia perhubungan mereka.

Sebelum ini 'Apek' dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang model Leuniey selepas Apek kelihatan tampil sedondon bersama keluarga Liuniey.

Namun kedua-duanya menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa sebaliknya menyifatkan hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa.

Syamsul Yusof Tidak Kekok Berlakon Bawah Arahan Adik


SITUASI berlakon di bawah arahan adik sendiri kadangkala boleh menimbulkan perasaan kekok bagi seseorang pelakon, tapi perkara itu tidak terjadi kepada pelakon dan pengarah hebat, Syamsul Yusof.

Dia terlibat memegang watak utama sebagai Zek dalam drama bersiri terbaru terbitan Skop Productions, Evolusi KL Drift: The Series, arahan adiknya, Syafiq serta seorang lagi pengarah muda berbakat, Rizal Ashreff.

“Saya tiada sebarang masalah untuk berlakon di bawah arahan adik sendiri, malah saya sebagai abangnya berasa yakin akan kebolehannya untuk mengarahkan drama bersiri walaupun Syafiq tiada pengalaman mengarahkan drama bersiri sebelum ini.

“Selain itu, Syafiq juga merupakan seorang pengarah yang teliti dan rajin dengan kerja yang dihasilkan sementara Rizal juga mempunyai pengalaman serta tahu konsep serta tempo untuk pengarahan drama Evolusi KL Drift ini,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama bersiri itu di Perbadanan Filem Malaysia (Finas), semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penerbit, Datuk Yusof Haslam, Pengarah Program RTM, Suhaimi Jamelin dan barisan pelakon drama itu seperti Puteri Sarah Liyana, Norman Hakim, Zain Saidin, Ammar Alfian, Zach (X-Factor) dan Ridzuan Hashim.

Drama terbabit merupakan adaptasi daripada filem Evolusi KL Drift 1 dan 2 yang pernah diarahkan Syamsul sebelum ini bakal menemui penonton pada setiap hari Khamis bermula 4 Oktober ini di TV2.

Drama 26 episod ini turut diserikan dengan penampilan khas pelakon Aaron Aziz yang membawakan watak antagonis bersama Norman Hakim.

Ia berkisarkan perjalanan hidup Zek yang lahir dalam sebuah keluarga berada dan jiwanya memberontak apabila disuruhnya ayahnya untuk menyambung perniagaan keluarganya kerana minatnya lebih terarah kepada untuk membuka bengkel sendiri dan menjadi seorang mekanik walaupun dia mempunyai kelulusan yang tinggi.

Pelbagai konflik muncul apabila Zek bertemu dengan seorang gadis bernama Tasha (Puteri Sarah Liyana) yang turut berminat dengan sukan permotoran 'drift' selain kemunculan satu kumpulan haram yang diketuai Dino yang sering membuat kacau dalam hidup Zek dan rakan-rakannya.

OTAK KITA MUNGKIN ROSAK SEBAB.....

on Friday, 21 September 2012







1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

Rasulullah SAW & Sebiji Limau





“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.

Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.

Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Fasha Sandha di China menemani Jejai (4 gambar)





Jejai atau nama penuhnye Rizal Ramli, suami kepada Fasha Sandha telah memenangi perlumbaan kereta
Lamborghini yang berlangsung pada 16 September di GuanDong International Circuit di China

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved