TNB Beri Amaran Parti Politik Agar Tidak Menggantung Bendera Parti Di Talian Voltan Tinggi

on Tuesday 11 September 2012

BACHOK, 9 Sept - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi amaran kepada parti politik agar tidak menggantung sebarang poster atau bendera parti berhampiran talian voltan tinggi kerana perbuatan itu boleh mengancam keselamatan.




Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat TNB Mohd Jailani Abas berkata kegiatan menaikkan lambang parti di kawasan talian voltan tinggi boleh membawa kecederaan dan maut.

"Arus elektrik boleh menyambar sesuatu objek lembab jika berada beberapa meter dari talian bervoltan tinggi," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan hari raya Aidilfitri TNB Kelantan di sini.

Mohd Jailani berkata pihaknya menjangkakan aktiviti pemasangan lambang dan bendera parti akan bertambah sengit menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak.

Katanya pihaknya tidak mampu mengawasi kesemua kawasan talian voltan tinggi melainkan meminta kerjasama semua pihak agar menjauhi kawasan berbahaya itu.

-- BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved