Rozita Che Wan Belum Ada Calon Suami?

on Thursday 13 September 2012


SELAGI Rozita Che Wan tidak berkahwin, selagi itulah isu perkahwinan sering sahaja membelenggu diri pelakon jelita yang mesra disapa Che Ta ini.

Selepas digosipkan bercinta dengan Shahir AF8, Zain Saidin dan Beego, terbaharu dia digosipkan bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan bernama Bob.

"Cerita itu tidak benar. Semuanya adalah fitnah. Mana ada saya hendak berkahwin dengan seorang ahli perniagaan. Mungkin gosip itu timbul sebab saya masih tidak kahwin-kahwin lagi." ujarnya.

Rozita menjelaskan bahawa dia langsung tidak kenal, apatah lagi berkawan dengan ahli perniagaan bernama Bob tersebut.

Selain rasa sedih berbaur kelakar dengan gosip itu, Rozita turut melahirkan rasa bimbangnya jika lelaki itu sudah berumahtangga.

"Nanti tak pasal-pasal saya diserang isterinya," sambung Rozita berseloroh.

Bila ditanya bila dia akan berkahwin, pelakon itu menjawan, "Macam mana hendak kahwin jika calon pun belum ada. Hendak cari lelaki berduit memang senang, tetapi hendak cari lelaki yang baik, susah."

"Saya mahukan lelaki yang fleksibel dan tidak suka lelaki yang keras kepala. Saya juga tidak suka dengan lelaki yang sudah berkahwin."

Rozita kini sibuk di lokasi drama Bila Papa Masuk U dan bakal menjalani penggambaran di Jepun untuk telefilem Kiah Pekasam. Dia juga bakal bercuti ke negara Eropah iaitu Paris dan London bersama Ayu (Raudhah) selepas penggambaran Kiah Pekasam.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved