Tuntut Khidmat Seks Untuk Mendapatkan Kontrak

on Sunday, 30 September 2012

SINGAPURA - Seorang saksi utama kelmarin memberi gambaran jelas mengenai hubungan intimnya dengan seorang bekas pegawai polis Singapura yang dituduh menuntut khidmat seks sebagai balasan untuk membantu mendapatkan kontrak bekalan kerajaan.




Saksi itu, Cecilia Sue, 36, yang menjual teknologi komputer kepada agensi kerajaan berkata, Ng Boon Gay, 46, memberikan maklumat sulit kepadanya bagi membantu mendapatkan kontrak ketika tertuduh menjadi Pengarah Biro Narkotik Pusat pada tahun 2011.

Pihak pendakwa raya berkata, Ng meminta seks oral daripada Sue sebanyak empat kali bagi melanjutkan kepentingan perniagaannya.

Tindakan itu nyata melanggar undang-undang antirasuah di negara ini. Bukti baharu yang dibentangkan di mahkamah menunjukkan mereka pernah mengadakan hubungan seks.

"Saya tanya dia sekiranya ada bajet lebih. Adakah ia kira-kira $300,000? Dia menyebut ia lebih kurang beberapa ratus ribu (dolar Singapura)," kata Sue ketika disoal siasat oleh pihak pembelaan.

Ditanya sama ada Ng mempengaruhi keputusan pemberian tender untuk membekalkan perkakasan dan perisian komputer kepada lembaga narkotik dengan memberitahu bajet, Sue menjawab: "Ya!"

Kelmarin, Sue memberitahu mahkamah dia membuat keputusan untuk melaporkan kelakuan Ng kepada pihak berkuasa kerana takut. Tetapi peguam bela mempersoalkan kredibilitinya. -AFP
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved