Harimau Malaya Tumpas 0-2 Kepada Vietnam.

on Tuesday 11 September 2012

SHAH ALAM, 11 September - Malaysia tumpas 0-2 kepada Vietnam dalam satu perlawasan persahabatan antarabangsa yang di langsungkan di Stadium Shah Alam malam tadi.



Skuad Harimau Malaya terpaksa akur dengan permainan bertenaga Vietnam. Malaysia tumpas 0-2.

Pasukan pelawat menguasai babak permainan dengan kerap melancarkan serangan ke kubu Malaysia. Malaysia yang kerap bertahan sekali-sekala melakukan serangan balas namun tidak mampu menembusi kubu Vietnam.

Peluang terbaik skuad 'Harimau Malaya' hadir pada minit ke-22 apabila penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha melakukan sepakan lambung tetapi sedikit tersasar melewati palang gol pasukan Vietnam.

Gol pertama pasukan Vietnam hadir pada minit ke-32 apabila penyerang, Le Cong Vinh menanduk masuk bola yang diumpan dari sebelah kiri gawang kebangsaan dan menumpaskan penjaga gol negara, Mohd Farizal Marlias di kanan gol.

Sejurus selepas jaringan tersebut, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagopal membuat dua pertukaran dengan mengeluarkan Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robbat dan menggantikan Azamuddin Mohd Akil serta Mahalli Jasuli.

Kemasukan dua pemain itu masih tidak mampu mengubah keputusan sehingga babak pertama berakhir.

Skuad Vietnam menambah derita pasukan negara apabila berjaya menambah gol pada minit ke-48 hasil jaringan pemain tengah Vietnam Phan Thanh Hung yang berjaya memanfaatkan hantaran silang rakan pasukannya.

Rajagopal melakukan satu lagi pertukaran dengan membawa keluar Mohamad Zakuan Adha dan memasukkan penyerang terbaik negara, Mohd Safee Mohd Sali pada pertengahan babak kedua.

Kemasukan Safee tidak dapat mengubah keputusan sehingga akhir permainan. Perlawanan berkesudahan, Malaysia tumpas kepada Vietnam 0-2
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved