ABBY ABADI DIBAYAR RM2,000 UNTUK SEKALI CERAMAH - ZED ZAIDI

on Saturday 15 September 2012


Zed Zaidi mendedahkan yang golongan artis berceramah dipentas politik menerima imbuhan lumayan dari parti yang menjemputnya. Abby Abadi yang kini sudah boleh berbangga mendapat gelaran ustazah dari penyokong tegar PAS walaupun tidak mempunyai ilmu agama yang lengkap.

Kononnya beliau mendapat hidayah selepas menyertai PAS dan tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama ahli PAS yang lain masuk syurga. Takut tercicir namanya ke neraka.

Antara artis lain yang turut dibayar dengan harga yang tinggi adalah Leman Raja Lawak yang kini sering bergiat aktif di ceramah-ceramah anjuran pakatan di seluruh negara. Setiap artis akan dibayar dengan jumlah yang berbeza mengikut kepopularan masing-masing.

SUMBER
Rupanya inilah rezeki halal yang dicari oleh Abby dan rakan artis yang lain. Menjadi pelakon dan penyanyi dedah sana sini tidak mengapa ketika itu kerana bukan menjual tubuh atau melacur, tapi setelah meninggalkan dunia glamour tersebut, terus mengutuk rakan artis yang lain.

Inilah namanya artis lupa asal usul. Tak salah kembali ke jalan yang benar cuma cubalah bimbing rakan artis yang lain. Jangan hanya pandai menyalahkan perilaku yang pernah mereka lakukan sebelum bergelar ustaz dan ustazah segera.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved