Candan Canik dan suaminya, Cengizhan Celik, menggunakan Twitter sebagai medium untuk saling bertukar janji dalam proses perkahwinan mereka. Canik dan Celik menjadi rakyat Turki pertama yang melakukan proses pernikahan melalui Twitter, atau berkemungkinan ini adalah peristiwa yang pertama di dunia.
Seperti upacara perkahwinan biasa, majlis ini mempunyai pengantin, saksi dan kadi dalam satu ruangan. Cuma bezanya mereka menggunakan iPad untuk menyampaikan semua perkataan yang biasa dilafazkan dalam upacara akad nikah.
Bertugas sebagai kadi ialah Mustafa Kara, imam masjid Uskudar, daerah tempat berlangsungnya perkahwinan melalui Twitter ini. Setelah saling bertukar tweet, kedua mempelai menandatangani surat nikah secara nyata, tidak lagi secara virtual. Canik menjelaskan, idea unik ini muncul kerana dirinya ingin mencuba sesuatu yang baru.
“Saya ingin ada sedikit kejutan di hari pernikahan saya,” ujarnya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment