Lelaki Melamar Kekasih Selepas Terlibat Kemalangan Ngeri.!!!!

on Friday, 7 September 2012

RUSIA - Alexey Bykov, 30, memalsukan kematiannya sendiri dalam rancangan melamar teman wanitanya dengan cara yang pelik.


Dia mengupah seorang pengarah filem, pelakon lagak ngeri, jurusolek artis dan juga seorang penulis skrip untuk satu babak kemalangan kereta palsu.





Bykov meminta teman wanitanya, Irena Kolokov, untuk bertemu dengannya di lokasi yang tertentu.

Tetapi apabila dia sampai di sana, apa yang dilihatnya ialah kereta hancur, ambulans, asap dan mayat bergelimpangan yang merupakan sebahagian dari yang dirancang.

Bykov juga mendapatkan koroner palsu untuk mengesahkan kematiannya .

Semasa Kolokov menangisi atas kematian teman lelakinya, Bykov secara tiba-tiba melompat, dalam keadaan yang masih diliputi dengan darah palsu, seperti yang dirancangkan.

"Saya begitu terkejut dan saya hampir membunuhnya lagi, tetapi kali ini untuk yang sebenar ", kata Kolokov.

Bykov mengatakan "Saya mahu dia menyedari akan betapa kosong hidupnya tanpa saya dan bagaimana menjalani kehidupan yang tiada makna tanpa saya".

"Saya fikir rancangan ini berkesan tetapi saya berjanji ia adalah kali terakhir," kata Bykov.

Kolokov kemudiannya berkata ya selepas Bykov melamarnya, dan pasangan itu telah berkahwin minggu lepas.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved