ketika ini lagu & video Gangnam Style sedang hangat di mainkan & di ulang lagi sekali di youtube. Dengan setakat ini lebih 70 juta view sejak di upload pada 14 Julai lalu ternyata seluruh dunia sudah terkena kesan radiasi Gangnam Style.
Seperti kita tahu, ramai peminat sudah membuat video meniru gaya tarian Gangnam Style termasuklah selebriti. Sifat nakal dalam lagu ini mengingatkan saya dengan video Party Rock Anthem oleh LMFO. Dengar 2 3 kali korang dah boleh ingat lirik lagu & melodinya walaupun tak faham apa maksud di sampaikan.
.
Maksud Sebenar Lagu Gangnam Style
Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan adalah negara Asia dengan pertumbuhan ekonomi yang cepat dan tinggi. Peningkatan standard hidup ini tidak hanya mempengaruhi gaya hidup sebahagian penduduknya. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah & di Korea Selatan, tidak ada tempat lain yang diniliai dapat menyamai kemewahan daerah Gangnam, daerah yang menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.
.
Ketika ekonomi naik, daya beli masyarakat juga meningkat. Namun tidak semua orang dapat ikut menikmati kesejahteraan tersebut. Sehingga ketika gaya hidup semakin mewah, orang-orang yang tidak beruntung pula sebahagian terperangkap dalam kehidupan gali lubang, tutup lubang. Mereka adalah orang-orang yang tidak ingin status sosial mereka ‘dipandang rendah’ & sayangnya, tradisi tidak sihat ini menjadi trend di negara Korea Selatan. Buktinya, peningkatan pengambilan kredit penduduk Korea selatan melambung begitu tinggi, bahkan lebih tinggi dibandingkan Amerika sebelum krisis.
.
Di Korea Selatan, ada sebuah lawak mengenai ‘wanita kicap masin’ atau Doenjangnyeo. Istilah ini merujuk kepada wanita yang rela memakan mee segera murah tetapi selalu menikmati kopi mahal seperti Starbucks yang berharga berkali-kali ganda lebih mahal. Maksudnya, wanita-wanita ini hanya mahu mengeluarkan sedikit wang untuk keperluan asas namun berani membayar mahal untuk keperluan tambahan, contohnya meminum kopi. Oleh kerana ramai orang yang sudah ‘menjangkit’ oleh trend ini, kedai kopi menjadi popular dimana-mana, terutama di daerah elit seperti Gangnam. Hubungannya dengan lagu Gangnam Style? Ya, lagu ini diciptakan sebagai sindiran untuk gaya kehidupan tersebut.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment