SELEPAS dicemuh kerana dikatakan mempersendakan hijab berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya, penyanyi dan pelakon, Shila Amzah tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.
"Saya kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen tv dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, walaupun dirinya ditimpa pelbagai kontroversi, dia tetap menjaga karier nyanyiannya, dan baru-baru ini dia telah mengambil keputusan untuk mengaktifkan kembali akaun Twitternya selepas menutup laman sosialnya sejak seminggu lalu.
"Banyak respon saya terima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat pula. Ada yang suka dan ada juga tidak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter saya," kata pelantun "Patah Seribu".
Dalam perkembangan lain, Shila bakal menyertai pertandingan Asian Wave di kota Shanghai pada 18 September nanti.
"Pada 31 Ogos (hari ini) ini saya akan berangkat ke sana selama seminggu. Jika saya berjaya melepasi peringkat saringan, saya akan berentap sekali lagi pada 18 September nanti.
"Saya sangat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan besar ini. Sebelum ini, memang saya berhasrat untuk berkunjung ke Shanghai," katanya

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment