Media semalam melaporkan, kegiatan itu berlaku akibat kecenderungan pasangan tempatan yang mahukan anak lelaki berbanding perempuan.
Digelar sebagai penghapusan jantina, amalan itu dikaitkan dengan keputusan bancian yang menunjukkan hanya 801 bayi perempuan dilahirkan bagi setiap 1,000 bayi lelaki.
Maharashtra adalah negeri kedua paling padat penduduk di India.
Menurut media, dengan memelihara anjing, doktor terbabit boleh menghapuskan janin berkenaan tanpa perlu membuangnya melalui saluran rasmi.
“Maksudnya, amalan pengguguran haram yang didorong kecenderungan pasangan memilih jantina anak mereka di India kini disembunyikan,” lapor media.
Pendedahan itu dibuat pegawai pertubuhan kebajikan yang menentang amalan itu, Lek Ladki Abhiyan, Varsha Deshpande.
Menurut Varsha, pertubuhan berkenaan menjalankan siasatan sulit selepas seorang doktor, Dr Sudam Munde, mengaku secara terbuka pada 2010, dia terbabit menggugurkan janin perempuan dan memberinya kepada lima anjing peliharaannya.
Sejurus selepas pengakuan itu dibuat, Dr Sudam ditahan polis, tetapi dibebaskan tidak lama kemudian dan dia meneruskan aktiviti haram itu. Kata Varsha, ada saksi mengaku melihat satu janin dijadikan makanan anjing.
“Amalan ini memang diketahui ramai di Beed, tetapi polis tidak bertindak kerana pengaruh Dr Sudam,” katanya.
Menteri Kesihatan Awam Maharashtra, Suresh Shetty, berkata dia mendengar dakwaan janin dijadikan makanan anjing di Beed.
“Namun, tiada sebarang bukti menunjukkan ia berlaku,” katanya.
Kata Suresh, disebabkan polis tempatan berada di bawah “tekanan” yang banyak, dia meminta cawangan jenayah untuk menyiasat kes terbaru. Mengenai dakwaan Varsha, Suresh berkata, kakitangan kesihatan setempat memang berdepan dengan kesukaran ketika cuba menyiasat aktiviti Dr Sudam.
“Seorang kakitangan kami yang mengunjungi hospital Dr Sudam dikunci dalam sebuah bilik sebelum didera dan dihalau,” katanya.
Pakar bedah itu juga berdepan dengan ancaman selama lebih setahun gara-gara tindakannya cuba menyiasat aktiviti berkenaan.
“Kami meminta pihak berkuasa memberikan perlindungan kepada kakitangan kami,” katanya. - Mymetro
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment