Aktres popular, Nabila Huda Suhaimi memberitahu hidupnya kini lebih gembira sebagai seorang ibu tunggal sejak menfailkan perceraian hampir 10 bulan yang lalu.
Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 2 tahun, Keisha Lalila, berkata dia tidak langsung berasa tertekan atau terganggu dengan statusnya sebagai ibu tunggal pada usia muda.
"Saya gembira dengan kehidupan saya sebagai ibu tunggal. Walaupun perasaan sedih itu kadang-kadang datang, saya bersyukur kerana anak saya sentiasa bersama, malah kesibukan kerja saya juga membantu saya dalam mengatasi kesedihan itu.
"Buat masa sekarang, rasanya sangat susah untuk saya berenggang dengan Keisha kerana perasaan rindu akan cepat menyusup. Jadi saya akan bawa anak saya bersama ke lokasi penggambaran tidak kira di mana sekali pun,"katanya.
Pada Ogos tahun lalu, anak perempuan kepada lagenda rock tanah air Amy Search, telah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas 3 tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri berikutan tiada persefahaman.
Menurut Nabila lagi, buat masa sekarang ini dia tidak terfikir lagi untuk mencari pengganti kerana baginya anak dan kerjayanya adalah paling utama ketika ini.
"Saya tidak serik atau trauma dengan kegagalan perkahwinan saya, tapi mencari pengganti bukanlah misi utama saya pada waktu ini,"jawabnya ketika ditanya tidakkah dia merancang untuk mencari pengganti.
Dalam perkembangan lain, Nabila baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri "Nikallaya" di selatan Thailand baru-baru ini dan bakal muncul dalam filem terbarunya iaitu "Jalan Kembali : Bohsia 2" pada 7 Jun ini.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment