Luahan Perasaan Seorang Pembaca Yang Menyokong Tindakan Zed Zaidi

on Saturday 19 May 2012

Selalu Abang Nara keluarkan luahan daripada pembaca yang tidak menyokong tindakan Zed Zaidi terhadap kemasukan pelakon daripada negara luar. Namun kali ini, untuk berlaku adil, Abang Nara sertakan kata-kata seorang pembaca yang menyokong apa yang dilakukan oleh Zed Zaidi. Mari kita sama-sama baca agar boleh membuat penilaian dengan lebih adil.
zedBerikut ialah email yang diterima daripada pembaca yang mahukan namanya dirahsiakan:-
salam,
abg nara saya nak luahkan apa yang saya rasa tentang kes zed zaidi.
saya kecian dengan dia. ramai orang hentam dia. saya mula-mula memang bengkek juga bila dia pertikaikan tentang kemenangan aaron dlm abpbh. tapi bila sy dengar penjelasan zz dalam satu rancangan, saya paham apa yang dia perjuangankan.
dia jalankan tanggungjawab dia sebagai timbalan presiden seniman. mesti pengomen bn akan cakap nape dari dulu tak pertikaikan? sebab dulu benda ni tak jejaskan peluang rakyat malaysia (dato siti maseh bertanding). lagipon time tu zz bukan orang penting dalam mana2 pertubuhan artis. time sekarang, dia berani bersuara atas nama timbalan presiden untuk bela nasib artis2 malaysia. pembohong kalu artis malaysia tak setuju dgn apa yg zz buat!
kalau tanya artis malaysia, setuju tak dengan apa yg zz buat? ofcourse la dorg akan ckp kalau dah rezki aaron, nak buat mcm mana. tapi dalam hati dorg mesti sokong punya
tapi tak heranlah kalu korg g tnya artis popular mcm dato siti, ziana zain atau rosyam. mesti dorg tak kesah sebab dorg dah popular!
kiter bukan takda pelapis hero lelaki. remy, shah jazle (lupa nama baru dia), kamal adli. so, buat apa nk pilih org luar. bagi peluang kat artis tempatan.
mesti pengomen jugak akan cakap, ni kan pasal populariti seseorg artis. saya pernah terbaca satu survey pasal benda ni. ramai pengomen ckp kalu takda habuan yakini peniktirafan, buat apa berlakon bukan dpt apa2.
korg suruh wartawan tnya artis2 ni, dorg pentingkan pupolariti atau kualiti? sure dorg cakap kualiti. so, tak tercalon dlm abpbh pon takpelah kan? puii.. penipu sume tu. luaran ckp nk pentingkan kualiti tp populariti jgk yg dicarik! so, apa yg zz buat ni tuk bela nasib artis malaysia yg malu2 nk mengaku dorg pentingkan popular ( nak masuk abpbh ler tu)
pesanan buat zz, teruskan perjuangan anda. walaupon sy bukan artis, atleast ada juga org dlm industri berani dan lantang bersuara! tahniah. tak sia2 awak pegang jawatan penting. i.allah, allah akan permudahkan urusan awak.
p/s: kalu blh abg nara siarkan dlm bn. sy tak tuntut apa2 cuma simpati dgn zz yg dikecam hebat
Abang Nara mohon maaf kerana tidak sempat membetulkan ejaan dan singkatan perkataan yang digunakan. Namun rasanya apa yang cuba disampaikan oleh si pengirim email masih mampu difahami oleh anda semua. Tak gitu? Apa kata anda?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved