KUALA LUMPUR – Penyampai radio wanita dari stesen radio hangat, Hot.FM, Fara Fauzana fobia untuk mengambil pembantu ‘baru’ dalam menguruskan kerjaya seninya.
Penyampai radio itu yang mesra dikenali sebagai Fafau mengakui tidak senang duduk apabila merasakan dirinya sentiasa diikut oleh peminat fanatiknya yang juga merangkap sebagai pembantu ‘barunya’.
Fara terpaksa mengambil pembantu ‘baru’ kerana pengurusnya terpaksa mengambil cuti kerana ingin menguruskan urusan penting yang tidak dapat dielakkan.
Ekoran kerana terpaksa menguruskan jadual kerjayanya yang padat dan memerlukan pemandu untuk membawanya ke satu-satu urusan rasmi, terdapat seorang individu yang menawarkan diri untuk berkhidmat ‘sebentar’ dengan Fara.
Memikirkan individu tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dan boleh dipercayai, maka Fara mengambil individu itu untuk menggantikan tempat pengurusnya sementara sehingga pengurus yang sebenar habis cuti.
Namun, perkara yang tidak difikirkan terjadi apabila pembantu ‘barunya’ berkelakuan aneh sepanjang bertugas dengan Fara.
Dalam laporan akhbar Metro Ahad, pembantu ‘baru’ Fara itu dikatakan bertindak mengawal segala pergerakan Fara.
Malah, sekiranya Fara ingin berjumpa dengan teman-teman atau ingin pergi ke sesuatu tempat yang tidak berhubung dengan kerja juga ingin diikut.
Dek kerana tidak mahu timbulnya masalah lain, Fara terpaksa mengambil keputusan untuk ‘melepaskan’ pembantu ‘barunya’ itu.
Selepas terjadinya peristiwa tersebut, Fara kini lebih berhati-hati untuk mengupah orang baru untuk membantunya menguruskan kerjaya rasminya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment