Cayalah! Berani Tak Lelaki Lain Buat Macam Pengantin Ni?

on Saturday, 26 May 2012

Cayalah! Berani Tak Lelaki Lain Buat Macam Pengantin Ni?
Setiap pasangan pengantin yang sedang menunggu detik diijab kabulkan pastinya akan berasa gementar atau senang cakap, ‘nervous’.

Perasaan gementar yang paling dirasa adalah bagi pengantin lelaki kerana kaum lelakilah yang akan berdepan dengan tok kadi untuk melafazkan akad nikah bersetuju untuk memiliki pengantin perempuan sebagai isterinya secara sah.
Selalunya, kalau pengantin lelaki terlalu gemuruh atau ‘nervous’ yang terlampau, pengantin lelaki boleh tersasul sewaktu akad nikah dan terpaksa diulang-ulang proses lafaz akad nikah.
Manakala bagi pengantin perempuan, pastinya akan menitiskan air mata kerana sedih dirinya sudah pun memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak lagi di bawah tanggungan ibu dan ayah.
Tetapi, dalam video bertajuk ‘Pengantin Rock’ yang diambil dari laman You Tube, lain pula reaksi seorang pengantin lelaki itu selepas dia selesai mengucapkan akad nikah di depan tok kadi.
Pada awalnya dia kelihatan seperti juga pengantin yang lain, nampak berdebar dan takut-takut. Namun, penghujungnya atau penutup akad nikah tu memang tidak dapat diduga.
Penulis percaya, mungkin pengantin lelaki itu terlalu gembira kerana dapat melepasi detik-detik cemas untuk bergelar seorang suami.
Apa lagi, terus jerit ‘YES’lah! Sambil menunjukkan isyarat tangan ‘rock’nya.
Bayangkan, pengantin perempuan yang berada di belakangnya mungkin tidak jadi untuk menitiskan air matanya. Yang terjadi secara spontan, ketawa berdekah-dekah!
Penulis bukan berniat untuk mengaibkan pasangan pengantin di dalam video itu, tetapi lebih kepada berkongsi kegembiraan yang dialami oleh pengantin lelaki. Teruja pula melihatkan reaksi spontan pengantin lelaki itu.
Buat bakal lelaki-lelaki yang ingin berkahwin di luar sana terutama ketika cuti sekolah sekarang ini, agak-agak berani tidak untuk membuat aksi seperti pasangan ini? Mana tahu ada yang berani untuk menukar ‘tradisi’ sedih dalam upacara akad nikah kepada kenangan yang gembira? Siapa tahukan?
Ambil kisah berani pengantin lelaki itu dari sudut yang positif ya?
Oleh: NAIMAH SHAARI
Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

im experienced myself...sgt takut...


28 May 2012 at 08:48
HaNa91 said...

haha..comel je


15 June 2012 at 18:01
Anonymous said...

serius mcm bodo...sorry guys :D


26 August 2013 at 12:29

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved