Shah Rukh Khan Besar Kepala Di Stadium Kriket

on Monday 21 May 2012


Shah Rukh Khan Diharam Masuk Stadium

shah rukh khan

Aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan telah diharamkan daripada masuk ke stadium Wankhhede seumur hidupnya akibat mencetuskan kekecohan dengan pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhhede Mumbai, Rabu lalu.

Bagaimanapun, Shah Rukh telah dihalang oleh beberapa pengawal keselamatan dari memasuki padang berkenaan hingga menyebabkan berlakunya pertengkaran hampir 15 minit sebelum Shah Rukh dilihat meninggalkan stadium.

Menurut Nitin Dalal yang merupakan Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai (MCA), Shah Rukh dan sekumpulan remaja telah masuk ke padang selepas sejam setengah perlawanan tamat kerana mahu bermain kriket.

"Pengawal keselamatan telah memaklumkan kepadanya ini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian, namun aktor itu menunjukkan sikap agresifnya malah menggunakan bahasa kesat terhadap pengawal keselamatan," ujarnya lagi.

Dalal turut mengesahkan bahawa pihak MCA telah membuat satu laporan polis berhubung insiden berkenaan dan telah memutuskan untuk mengharamkannya daripada menjejak kaki ke Stadium Wankhede seumur hidupnya.

Sebelum ini Shah Rukh telah dipanggil untuk hadir ke mahkamah Jaipur hujung bulan ini selepas dia didapati melanggar undang-undang larangan merokok apabila dia dilihat merokok di kawasan stadium.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved