Keluarga Restu Cinta Bubu-Syahrini

on Monday 21 May 2012

Keluarga Restu Cinta Bubu-Syahrini

Raja Mohammad Rashid Raja Salehuddin iaitu bapa kepada Raja Mohammad Syazni nampaknya merestui hubungan yang terjalin antara anak lelakinya itu bersama-sama penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini.
Kenyataan itu dikeluarkan sendiri Raja Mohammad Rashid yang merupakan kerabat diraja dalam akhbar Metro Ahad semalam, sebagai membuktikan hubungan mereka yang telah mendapat perhatian meluas media Indonesia itu direstui.
“Kami tiada masalah dan merestui hubungannya. Terpulang kepada dia kerana itu pilihannya,”kata Raja Mohammad Rahid dalam akhbar berkenaan.
Raja Mohammad Syazni yang mesra dengan panggilan Bubu telah menjadi perhatian media Indonesia selepas beliau tampil mengadakan siding media di sebuah hotel di Jakarta minggu lalu untuk menjelaskan hubungannya dengan Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani.
Selain bapa Bubu dan Syahrini, turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah ahli keluarga lain termasuk kakak Bubu, Raja Norzafirrah dan ibu Syahrini.
Dalam siding media berkenaan, Bubu temah menafikan bahawa dia berketurunan Batak dari Indonesia seperti didakwa media negara terbabit, sebaliknya menjelaskan bahawa dia adalah orang Melayu dari Kuala Lumpur serta kerabat diraja.
“Dia (Bubu) kini di Indonesia dan mengakui tertekan dengan tumpuan di berikan media di sana,” kata Raja Mohammad Rashid lagi.
Pendedahan media Indonesia mengenai hubungan cinta mereka turut menjadikan ia sebagai topik hangat di beberapa laman sembang di Malaysia.
Sebelum ini Syahrini pernah dikaitkan dengan penyanyi dan komposer popular, Anang yang merupakan bekas suami kepada Krisdayanti.
Syahrini juga baru-baru ini telah mengesahkan mempunyai hubungan istimewa dengan Bubu dan menganggap kekasihnya itu cukup rimantis, malah merancang untuk bernikah pada awal tahun depan.
Mereka telah menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu selepas pertama kali Bubu bertemu Syahrini ketika penyanyi berkenaan mengadakan persembahan di ibu negara pada Disember 2010.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved